Safer merupakan salah satu syarikat bumiputera Malaysia yang membuka peluang kepada semua peniaga terutama peniaga-peniaga makanan untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian. Antara peniaga makanan tersebut ialah peniaga yang membuka gerai kecil, bazar, restoran, home-kitchen, food-truck dan sebagainya yang menjual makanan.

Selain itu, Safer juga membantu para peniaga makanan yang disenaraikan tersebut untuk meluaskan dan memasarkan perniagaan makanan mereka secara dalam talian sekaligus menjana pendapatan dan mendapatkan keuntungan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Seterusnya, Safer memberi peluang kepada peniaga untuk mempromosikan perniagaan makanan anda secara dalam talian jika anda mendaftar sebagai Vendor di bawah Safer Food Merchant.

Anda yang berminat untuk menjadi vendor makanan kini boleh mendaftar menerusi aplikasi Safer Food Merchant. Pautan untuk memuat turut aplikasi Safer adalah seperti di bawah.

Antara dokumen yang diperlukan peniaga untuk mendaftar adalah seperti berikut:
  • Lesen perniagaan
  • Lesen dari SSM
  • Kad pengenalan
  • Sijil halal (terutama peniaga bukan Muslim)

Peniaga juga perlu memuat naik dokumen tersebut dalam bentuk gambar atau fail pdf. Seterusnya, peniaga hendaklah mengisi beberapa butiran perniagaan seperti:

  • Lokasi/ Premis perniagaan
  • Waktu operasi
  • Menu beserta gambar (Makanan/Minuman)
  • Harga jualan (Makanan/Minuman)
  • Akaun bank perniagaan

Pendaftaran yang dilakukan oleh peniaga akan diaktifkan oleh pihak Safer dalam tempoh 24 jam. Setelah itu, peniaga boleh mula menerima pesanan daripada pelanggan. Peniaga hanya perlu menyediakan pesanan dan pihak Safer akan menyediakan rakan penghantar untuk menghantar pesanan makanan tersebut kepada pelanggan.

Di samping itu, Safer sedang menjalankan promosi terhebat iaitu promosi ‘Zero Commission’. Promosi ini dijalankan untuk membantu para peniaga dengan tidak mengenakan sebarang caj penolakan. Perkara ini dilaksanakan sepanjang tempoh promosi berlangsung.

BACA JUGA :   Kenali Home Kitchen! - Program Terbaru Safer Food Merchant

Ini merupakan satu manfaat buat peniaga yang melakukan perniagaan makanan secara dalam talian lebih-lebih lagi dalam tempoh Pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP). Jangan lepaskan peluang untuk nikmati promosi kosong peratus komisen ini sebelum tempoh tamat.

Jika anda berminat untuk menjadi vendor makanan di bawah Food Merchant, anda boleh mendaftar terus kerana pendaftaran adalah percuma. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan:

<<< https://www.safer.my/sign-up-restaurant >>>

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pihak Safer secara langsung atau secara tidak langsung menerusi platform di bawah:

Customer Service : 011-2058 6389 
Live Chat Safer : https://www.safer.my/ 
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/ 
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/ 
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial 
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/ 
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here