Jangan lunturkan semangat anda untuk sambung pengajian di luar negara dalam tempoh pandemik ini. Anda masih mempunyai peluang untuk mencapai cita-cita anda. Jika anda masih ingin melanjutkan pengajian di luar negara semasa pandemik, anda boleh mendapatkan konsultasi pendidikan menerusi Dulah Educonsult. Agensi konsultasi ini sedia untuk memberi khidmat kepada anda.

Kejuteraan mekanikal merupakan satu bidang yang berkaitan dengan reka bentuk, pembangunan dan pembuatan kelengkapan dan produk. Bidang ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja professional dan berkemahiran tinggi. Bidang ini dirangka untuk melahirkan pelajar atau masyarakat yang berkebolehan dalam menerajui sebuah negara perindustrian.

Kejuruteraan pesawat pula merupakan bidang yang berfokus kepada penyelenggaraan, pembinaan semula dan servis pesawat. Bidang ini memerlukan pelajarnya untuk melaksanakan program penyelenggaraan dan overhaul pesawat harian, memeriksa keadaan pesawat dan enjin dan banyak lagi.

Anda yang menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan ini boleh membina kerjaya melalui pilihan skop kerja yang sememangnya mendapat permintaan yang tinggi selain tawaran gaji yang lumayan.

BACA JUGA :   Ketahui Universiti Terbaik Luar Negara Yang Ditawarkan Pihak Daulah Educonsult

Berikut adalah pilihan universiti dan bidang yang ditawarkan kepada anda yang berminat dalam bidang kejuruteraan.

RUSIA

  • Moscow Aviation Institute (Kejuruteraan Pesawat)
    Moscow Aviation Institute adalah satu universiti terkemuka di dunia untuk kejuruteraan aeroangkasa. Ia juga merupakan pusat penyelidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mengejar teknologi terkemuka dalam bidang aeroangkasa. Universiti ini turut diktiraf sepenuhnya oleh The Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Tempoh pengajian bidang kejuruteraan ini adalah selama 4 tahun.
POLAND

  • Warsaw University of Technology (Kejuruteraan Mekanikal)
    Warsaw University of Technology merupakan universiti teknikal terbaik di Poland. Universiti ini bermula pada tahun 1915 dengan usaha daripada Persatuan Kursus-kursus Saintifik dan Jawatankuasa Warga Kota Warsaw. Universiti ini menggunakan medium Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

  • Vistula University (Kejuruteraan Mekanikal)
    Vistula University merupakan Institut Pengajian Tinggi bukan awam. Universiti ini menawarkan bidang pengajian yang menarik seperti Perhubungan Antarabangsa, Kewangan & Perakaunan, Plancongan dan Rekreasi serta Bidang Kejuruteraan Mekanikal. Tempoh pengajian bidang Kejuruteraan Mekanikal di universiti ini adalah selam 4 tahun.

Tawaran ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level/ STPM/ Matrikulasi/ Diploma dan setaraf. Pelajar dari aliran Sastera ataupun Sains atau mana-mana aliran boleh memohon untuk membuat pendaftaran bersama Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Tawar Pengajian Ke Rusia & Indonesia

Daulah Educonsult akan membimbing anda dari awal pendaftaran sehingga kemasukan pelajar ke Universiti yang dipilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan. Anda yang berminat dalam bidang kejuruteraan pesawat atau kejuruteraan mekanikal boleh membuat pendaftaran sekarang bersama Daulah Educonsult kerana kuota adalah terhad.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara permohonan dan sebagainya anda boleh hubungi nombor dibawah:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here