Semangat patriotisme adalah semangat cintakan kepada negara. Kita sepatutnya mempunyai sikap untuk menyayangi dan mencintai negara di mana tempat kita dilahirkan dan dibesarkan. Oleh itu, semangat patriotik ini perlu dipratikkan sepanjang masa.

Memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik

Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah pasti semangat patriotik akan terus dipupuk dan dikekalkan sehingga dewasa. Perkara ini penting untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa

Kempen yang dijalankan ini perlu memberi kesan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Media massa memainkan peranan penting dalam menyiarkan rancangan atau program yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara disamping dapat meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

BACA JUGA :   5 Lokasi Air Terjun Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Di Malaysia
Mengikuti contoh dan teladan daripada para pemimpin negara

Masyarakat perlu mencontohi sikap pemimpin-pemimpin yang memiliki semangat patriotik yang tinggi. Dalam pada yang sama, para pemimpin juga perlu sentiasa mengingatkan masyarakat mengenai kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here