Adakah anda sedang mencari pekerjaan sama ada pekerjaan tetap atau pekerjaan sampingan? Jika ya, anda boleh menyertai Safer Group dan mendaftar sebagai Rider dan Delivery Partner Safer. Anda akan melakukan kerja-kerja di bahagian perkhidmatan penghantaran di Safer sama ada penghantaran penumpang, penghantaran barangan dan juga penghantaran makanan kepada pengguna Safer.

Sekiranya anda mendaftar bersama Safer sekarang, ada boleh menjana dua pendapatan. Anda boleh menjana pendapatan aktif dan juga pendapatan pasif.

Pendapatan aktif yang anda perolehi adalah daripada kerja-kerja penghantaran yang dilakukan. Sekiranya pengguna Safer membuat tempahan dan membayar perkhidmatan tersebut, maka anda akan peroleh pendapatan aktif. Pendapatan aktif ini diperoleh secara langsung jika ada pengguna yang menggunakan khidmat anda untuk melakukan kerja-kerja penghantaran.

Pendapatan pasif pula, anda akan perolehi sekiranya anda berkongsi referral code anda kepada orang ramai termasuk kenalan dan keluarga anda. Referral code tersebut boleh didapati menerusi aplikasi Safer sekiranya anda pendaftar baru. Apabila pendaftar baru mendaftar dengan menggunakan referral code tersebut dan menjalankan kerja penghantaran, anda akan memperoleh pulangan sebanyak 1% sebagai pendapatan pasif.

BACA JUGA :   Peluang DRIVER & RIDER Jana Pendapatan Aktif & Pasif

Untuk makluman, anda yang mendaftar sebagai Rider dan Delivery Partner Safer tidak akan dikenakan apa-apa caj penolakan komisen sepanjang menerima kerja penghantaran yang dilakukan. Maka, keuntungan adalah 100% milik anda. Ini kerana pihak Safer sedang menjalankan promosi Sifar Komisen kepada sesiap yang bekerja di bawah mereka.

Pendaftaran untuk menjadi Rider dan Delivery Partner adalah percuma sahaja. Apa yang diperlukan sewaktu pendaftaran adalah kad pengenalan, roadtax kenderaan, geran kenderaan, insurans dan akaun bank.

Anda boleh menjadi Safer Delivery Partner sekiranya anda melepasi syarat-syarat kelakan yang telah ditetapkan. Berikut adalah syarat yang diperlukan Safer untuk mengaktifkan akaun anda.
  • Lelaki atau Perempuan
  • Mempunyai kenderaan
  • Memiliki lesen memandu yang sah
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet
  • Anda perlu mempunyai RM30 di dalam wallet untuk penerimaan job

Lesen PSV dan EVP adalah perlu jika mendaftar sebagai rakan pemandu. Lesen PSV boleh didapati di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala lessen EVP akan diuruskan oleh pihak Safer.

Di samping itu, berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan kepada Rider dan Safer Delivery Partner untuk menjalankan kerja penghantaran.
  1. Safer Ride – Penghantaran penumpang menggunakan kereta dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Mempunyai pelbagai kategori pilihan kenderaan.
  2. Safer Food – Penghantaran makanan yang telah dipesan pengguna dari restoran ke lokasi pengguna.
  3. Safer Delivery – Penghantaran barangan daripada peniaga kepada pengguna. Terdapat dua kategori iaitu Single Delivery dan Multi Delivery.
  4. Safer Swift – Penghantaran penumpang menggunakan motosikal untuk perjalanan yang lebih lancar.
  5. Safer Concierge – Penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang dilain di samping menghulur bantuan dan meneman pengguna sehingga tamat tempoh penempahan.
Jika anda berminat untuk mendaftar bersama Safer, anda boleh mendaftar menerusi aplikasi Safer di bawah.

<< https://tinyurl.com/y9tj7vv2 >>

BACA JUGA :   Peluang untuk Luaskan Bisnes Makanan dengan SAFER Food Merchant
Seterusnya, anda boleh memuat turun aplikasi Safer Driver di:

Ikuti setiap platform media sosial Safer untuk mengetahui informasi dan promosi terkini yang ditawarkan oleh pihak Safer.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here