Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah mengatakan insiden kepala air yang berlaku di daerah Yan, Kedah adalah disebabkan hujan lebat yang berintensiti tinggi di hulu sungai serta kawasan tanah tinggi.

Beliau berkata, insiden tersebut telah menyebabkan akar-akar pokok atau kawasan tadahan hujan tidak dapat menampung dan meresap air tersebut. Perkara itu telah mengakibatkan limpahan yang berlebihan yang seterusnya berlaku bencana banjir.

Insiden yang berlaku ini juga adalah akibat daripada hujan lebat dan rebut petir di beberapa buah daerah di Kedah termasuk Yan. Ini juga berikutan dengan penerimaan tiupan angin dari arah barat laut yang membekalkan kelembapan tinggi dari Laut Andaman. Ia juga menyumbang kepada pembentukan awan aktif di kawasan tersebut.

Terdapat beberapa kawasan perumahan di sekitar Gunung Jerai telah dilanda banjir yang diakui punca daripada kejadian fenomena kepala air.

Sehubung dengan itu, Muhammad Helmi menyatakan corak cuaca lembap dan hujan lebat di Malaysia ini diramal akan berterusan sepanjang minngu ini. Fenomena ini juga berikutan dengan Malaysia yang masih berada dalam tempoh Monsun Barat Daya yang telah bermula pada 19 Mei lalu. Ia juga akan dijangka berakhir pada minggu kedua atau ketiga Sepetember ini.

Klik pada gambar untuk terus ke laman Facebook rasmi Daulah Educonsult

Jom daftar kemasukan ke Universitas Sumatera Utara, Indonesia bersama Daulah Educonsult sekarang. Kemasukan adalah pada September 2022. Sebarang pertanyaan mengenai pilihan universiti dan bidang, anda boleh terus menghubungi konsultan Daulah Educonsult di talian berikut.

Nombor pejabat : 03-92851322 

Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  

Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed) 

Website : http://daulahmedic.com/   

Facebook : Daulah Educonsult   

Youtube : Daulah Educonsult  

Email : daulahmedic@gmail.com  

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here