Daulah Educonsult membuka permohonan kemasukan ke universiti-universiti pilihan di Rusia bagi Tahun 2021 dan Tahun 2022. Sekiranya anda berimpian untuk sambung belajar di luar negara terutama di negara Rusia, anda perlu segera menghubungi pihak Daulah Educonsult unuk menempah seat. Ini kerana kuota kemasukan adalah terhad.

Rusia merupakan sebuah negara yang maju dan membangun. Ia juga merupakan negara terbesar dunia yang mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Sekiranya anda menyambung pengajian di Rusia, anda berpeluang untuk merasai iklim empat musim yang tidak mungkin anda akan dapat di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Daulah Educonsult juga menawarkan bidang yang pelbagai di universiti-universiti pilihan di Rusia. Anda boleh memilih universiti dan bidang pengajian yang ditawarkan sesuai dengan kelayakan keputusan semasa seperti SPM/IGCSE/O-Level/Diploma/Asasi/Matrikulasi/STPM dan lain-lain yang setaraf dengannya.

Berikut adalah senarai universiti dan bidang pengajian yang ditawarkan di negara rusia.

1.Kursk State Medical University (Pra-perubatan, perubatan, Gerentologi)

Kursk State Medical University merupakan sebuah universiti yang memegang reputasi yang sangat bagus dan disegani dalam bidang perubatan. Anda tidak perlu ragu kerana ijazah perubatan milik universiti ini diiktiraf oleh JPA, KPT, MQA, MMC dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, Kursk State Medical University turut menerima pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNESCO dan Majlis Perubatan Am (GMC) negara-negara utama Eropah, termasuklah Perancis, United Kingdom, pelbagai badan perubatan di peringkat antarabangsa serta diakui lebih 40 negara.

2.Volgograd State Medical University (Perubatan)

Volgograd State Medical University terletak di Volgograd yang terletak di bahagian selatan Rusia di tebing barat Sungai Volga. Universiti ini diakreditasi oleh Kementerian Pendidikan Rusia untuk mengajar pelajar Rusia dan luar negara. Ia mempunyai kakitangan pengajar yang berkelayakan, penyelidik lanjutan dan pakar perubatan yang berpengalaman. Universiti ini juga telah mendapat peluang untuk mengajar pelajar antarabangsa dalam bahasa Inggeris.

BACA JUGA :   Pendaftaran Kemasukan Ke Pra-Perubatan Di Kursk State Medical University, Rusia Sesi Jun/Julai Sudah Dibuka!
3.Privolzhsky Research Medical University (Perubatan)

Nizhny Novgorod State Medical Academy telah menukar kepada nama yang baru iaitu Privolzhsky Research Medical University. Tetapi nama yang lama masih digunapakai sehingga kini. Universiti ini merupakan institut pendidikan perubatan pertama yang paling berprestij di bandar purba Nizhny Novgorod, Rusia. Kini, akademi tersebut berada di tangga yg ke-6 daripada 46 institut pengajian perubatan yang lain dan turut mendapat pengiktirafan dari World Health Organization (WHO) dan termasuk dalam buku Rujukan Tahunan “World of Learning” Institusi Perubatan yang dikeluarkan di Great Britain.

4.I.M Sechenov First Moscow State Medical University (Perubatan)

Moscow State Medical University (MSMU) merupakan universiti perubatan tertua yang telah berusia 240 tahun. Ia juga merupakan university terbesar di Rusia yang pada awalnya dikenali sebagai “First Med.” MSMU bertanggungjawab dalam melatih pegawai perubatan di seluruh Rusia dan telah memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan sains perubatan, latihan perubatan dan kajian saintifik di Rusia. MSMU turut mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Pengajian Tinggi, UNESCO dan MMC sebagai universiti perubatan kedua terbaik dunia.

BACA JUGA :   Hapuskan Lipas Dengan Cepat
5.Moscow Aviation Institute (Kejuruteraan Pesawat)

Moscow Aviation Institute (MAI) adalah salah satu universiti aeroangkasa yang terkemuka di Persekutuan Rusia yang telah beroperasi dari tahun 1920-an lagi. Kini, ia merupakan antara universiti kejuruteraan yang menjadi tumpuan antarabangsa. Sejak terbukanya universiti ini, lebih daripada 160,000 pakar telah menjadi lulusan dari Moscow Aviation Institute.

6.Saint Petersburg University (Pengurusan Perniagaan Antarabangsa)

Universiti ini adalah antara universiti bersejarah kerana ianya merupakan universiti pertama yang dibina dengan arahan Tsar Peter Great. Prinsip universiti ini adalah menetapkan pengajian dan penyelidikan dalam masa yang sama. Meskipun universiti ini terbuka luas untuk pengajian sains, tawaran yang dibuka kepada pelajar Malaysia adalah bidang pengajian Pengurusan Perniagaan Antarabangsa.

Jika anda mahu melanjutkan pengajian ke mana-mana universiti berikut, anda boleh melakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Pendaftaran kemasukan ke universiti-universiti tersebut kebiasaanya adalah pada bulan September dan mempunyai kuota yang terhad.

Anda perlu mendaftar segera untuk menempah seat kemasukan ke universiti-universiti pilihan terutama sekali Kursk State Medical University (KSMU). Ini kerana KSMU menjadi tumpuan dan pilihan pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Rusia.

Jika anda berminat untuk membuat kemasukan ke universiti-universiti di Rusia, anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi pendidikan daripada Daulah Educonsult. Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi pautan di bawah.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here