Anda bimbang dengan kes harian jangkitan Covid-19 yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini? Jangan risikokan diri anda, hanya perlu elak keluar dari rumah jika tiada urusan penting. Oleh itu, Safer menyediakan perkhidmatan pemesanan dan penghantaran makanan kepada anda dengan menggunakan aplikasi Safer.

Safer Food merupakan pilihan terbaik kepada pengguna Safer untuk memesan dan membeli makanan secara dalam talian. Ini kerana Safer Food menawarkan pelbagai pilihan makanan yang sedap buat anda dan pengguna Safer. Pilihan makanan tersebut tidak hanya boleh dipilih di restoran, akan tetapi ada juga pilihan makanan dan kedai lain daripada peniaga-peniaga kecil.

Dengan itu, anda boleh memilih menu makanan yang pelbagai daripada makan pagi, makan tengah hari, makan malam, pencuci mulut dan lain-lain lagi. Pilihan makanan ini boleh dilakukan menerusi aplikasi Safer Food.

Kepada pengguna Safer, amat mudah untuk melakukan pemesanan makanan dengan hanya menggunakan aplikasi Safer Food yang sudah dimuat turun. Pengguna hanya perlu memilih menu makanan dan minuman yang disukai dari mana-mana restoran atau kedai makanan yang terdapat di dalam aplikasi.

BACA JUGA :   SAFER PRIHATIN : SIFAR KOMISEN 0% SEPANJANG PKP

Pembayaran pula boleh dibuat melalui kaedah perbankan Internet, Cash-On-Delivery, kad bank dan e-wallet. Namun, lebih selamat jika pengguna menggunakan e-wallet bagi mengurangkan kontak bersama Safer Delivery Partner. Pengguna boleh meletakkan bakul dan hand sanitizer buat rakan penghantar setelah mereka meletakkan makanan dalam bakul yang disediakan.

Jangan risau! Jika baki akaun e-wallet anda tidak mencukupi, anda bolel lihat video di bawah untuk membuat tambah nilai e-wallet anda.

Kepada anda di luar sana yang masih belum mendaftar dengan Safer, anda boleh membuat pendaftaran secara percuma menerusi pautan di bawah.

 << https://tinyurl.com/y6u9r4f5 >>

Seterusnya, anda dikehendaki memuat turun aplikasi Safer untuk membuat pemesanan makanan secara atas talian di Safer Food.

Pengguna Android :
https://bit.ly/saferandroid

Pengguna iOS :
https://bit.ly/saferiphone

Selain menggunakan perkhidmatan Safer Food, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan lain seperti:

  • Safer Delivery – Menawarkan khidmat penghantaran barangan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Terdapat dua jenis pilihan penghantaran iaitu Single Delivery dan Multi Delivery. Single Delivery adalah penghantaran terhad kepada satu lokasi sahaja manakala Multi Delivery tiada had penghantaran ke banyak lokasi.
  • Safer Ride – Perkhidmatan e-hailing yang menghantar penumpang ke destinasi pilihan. Terdapat beberapa pilihan kategori yang ada mengikut jenis kenderaan. Tawaran harga juga mesra pengguna dan berpatutan bergantung kepada jarak lokasi yang ditujui.

  • Safer Swift – Perkhidmatan penghantaran penumpang menggunakan motosikal. Perkhidmatan ini menghantar penumpang dengan lebih cepat dan lancar.
  • Safer Concierge – Perkhidmatan pembantu dan peneman peribadi. Perkhidmatan ini menjamin keselesaan dan keselamatan penggunanya.

Ayuh mendaftar sebagai pengguna Safer sekarang untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan. Anda juga digalakkan untuk mengikuti setiap  platform media sosial Safer untuk mengetahui lebih banyak informasi dan tawaran terkini.

BACA JUGA :   Daftar Sebagai Rakan Penghantar Safer Dan Berpeluang Jana Pendapatan Serentak.

Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/ 
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/ 
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial 
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/ 
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here