Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman pada Ahad (8 Ogos 2021) berkenaan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan kepada individu lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Perkara tersebut sudah tentu melegakan rakyat. Namun, kelonggaran SOP tersebut hanya sah buat individu dos lengkap yang sudah melepasi tempoh 14 hari daripada tarikh suntikan dos kedua sama ada Vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac. Manakala bagi individu yang baru sahaja mendapatkan satu dos suntikan seperti Johnson & Johnson dan CanSino perlu melepasi hari ke-28 setelah suntikan diberi.

Berikut adalah perkara yang diberitahu dalam pengumuman Perdana Menteri:

Untuk semua negeri dalam PPN:

  • Pengembara warganegara/ bukan warganegara termasuk pemastautin tetap Malaysia dan lengkap vaksin dibenar kuarantin wajib di rumah guna HSO digital
  • Pasangan jarak jauh lengkap dua dos dibenarkan rentas daerah dan negeri bertemu pasangan masing-masing
  • Ibu bapa lengkap dua dos dibenar rentas daerah/negeri berjumpa anak di bawah umur 18 tahun
  • Aktiviti di rumah ibadah/masjid dan surau dibenarkan bagi individu lengkap dua dos sahaja

Aktiviti sosial untuk negeri Fasa 2 dan 3 PPN:

  • Rentas daerah dibenarkan, hanya tunjuk sijil digital vaksin lengkap
  • ‘Dine-in’ di restoran, kedai makan, club house Perlu tunjuk sijil digital vaksin
  • Pengusaha premis kedai makan diminta menyediakan lebih banyak ruang di bahagian luar premis bagi memastikan pengudaraan yang lebih baik
  • Anak di bawah 17 tahun dibenarkan bawa ‘dine-in’ tetapi perlu mematuhi SOP
  • Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan dibenarkan (6 am – 10pm)
  • Operasi bilik persalinan/bilik mandi/club house tidak dibenarkan
  • Jogging, senaman, berbasikal, memancing, mendaki, dan sebagainya dibenarkan tetapi secara perseorangan.
  • Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama melibatkan ‘homestay’ dan hotel dibenarkan bagi individu lengkap dua dos.

Berikut adalah senarai negeri di bawah Fasa PPN:

BACA JUGA :   3 Filem Animasi Ni Paling Ditunggu-tunggu Oleh Semua Warga Malaysia Tahun 2019

Fasa 1 PPN: Kedah, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor

Fasa 2 PPN: Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah

Fasa 3 PPN: Perlis, WP Labuan, Sarawak

Fasa 4 PPN: Tiada negeri

Sumber: Astro Awani

Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKP berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.

Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.

<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here