Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan menerima baik keterbukaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin pembangkang yang menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk bekerjasama demi kebaikan negara.
Beliau juga sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO yakin di mana kerjasama antara Perdana Menteri dan pemimpin pembangkang merupakan bukti awal untuk melihat keupayaan Ismail Sabri sebagai ketua kerajaan untuk menjamin kestabilan politik dan pemulihan negara.
Dalam penyataan, Shahril mengharapkan perkembangan yang positif dan baik tersebut menjadi satu permulaan ke arah kestabilan dan kerjasama politik yang selaras dengan tema Keluarga Malaysia. Perkara ini juga membantu pembuatan dasar-dasar Kerajaan yang sesuai dengan keperluan semasa. Ia juga mampu meningkatkan kepercayaan pelabur untuk terus membantu dalam pemulihan ekonomi yang seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.
Tambah beliau, persetujuan dan kerjasama yang dicapai antara Perdana Menteri dan pemimpin pembangkang menunjukkan bahawa mereka kini benar-benar memahami bahawa kemelut politik tidak sepatutnya berlarutan terutama sekali ketika negara sedang mendepani krisis kesihatan dan ekonomi.

Di samping itu, pertemuan yang diadakan di Putrajaya adalah di antara Perdana Menteri dan Pemimpin Pakatan Harapan yang terdiri daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Dalam kenyataan bersama berkenaan pertemuan tersebut, mereka bersetuju untuk memberi tumpuan kepada satu agenda iaitu tumpu kepada kepentingan rakyat. Agenda tersebut mencari titik persamaan terbaik untuk menangani pandemik Covid-19, menjaga nyawa dan keselamatan rakyat.
Mereka juga telah mencapai kesepakatan untuk bekerjasama dalam memperkasa Parlimen Malaysian sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif. Ini dilakukan untuk meningkatkan ketelusan dalam menjalankan amanah di samping memenuhi kehendak rakyat.
Sumber: Astro Awani
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut dan teliti mengenai kemasukan ke universiti luar negara, anda boleh terus menghubungi pihak Daulah Educonsult menerusi mana-mana pautan di bawah.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)