Daya penarik merupakan sesuatu yang penting dan perlu ada pada peniaga dan juga produk yang diniagakan. Oleh itu, anda perlu tahu kekuatan anda sebagai peniaga dan produk jualan anda untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli dengan anda.

Di bawah adalah cara yang boleh anda cuba untuk menarik pelanggan supaya mengunjungi kedai dan membeli produk anda.
1.Pastikan Kualiti Gambar Produk Jualan Anda Beresolusi Tinggi

Gambar yang mempunyai resolusi yang tinggi dan optimum memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan. Ini kerana gambar yang berkualiti tinggi dapat menarik perhatian pelanggan kerana mereka percaya jika gambar berkualiti tinggi, produk yang dijual juga pasti berkualiti.

 

2.Membuat Tawaran Atau Diskaun Pada Produk

Ini adalah perkara wajib sekiranya anda mahu menarik pelanggan terutama kepada peniaga baru. Tawaran yang boleh dibuat seperti memberi diskaun, beli satu percuma satu, menggunakan kad keahlian dan mendapat harga promosi, dan lain-lain lagi. Ini pasti dapat membantu untuk menarik pelanggan agar membeli dengan anda.

3.Menggunakan Platform Perniagaan Atas Talian

Shopee dan Lazada merupakan pilihan terbaik sekiranya anda ingin memasarkan perniagaan secara atas talian. Ini kerana platform tersebut merupakan market place yang popular di Malaysia. Melalui platform ini, anda boleh mencari lebih banyak bakal pelanggan untuk membeli barangan anda secara online ataupun secara offline.

4.Luaskan Perniagaan Dengan Pengiklanan

Pengiklanan perniagaan ini digunakan untuk memperluas dan mempromosi perniagaan anda. Anda perlu mengeluarkan modal untuk menarik pelanggan anda. Modal yang dikeluarkan tersebut, anda boleh guna untuk membuat iklan di Facebook Ads, Google Ads dan Bing Ads. Ini membenatu anda untuk mendapatkan pelanggan yang ramai untuk membeli produk jualan anda.

Perniagaan apa jua sekalipun yang kita ceburi jika tiada aktiviti pemasaran maka akan merugikan perniagaan itu sendiri. Modal telah banyak dikeluarkan namun hasil kurang memberangsangkan. Sebab itulah kita perlu pelajari ilmu bagaimana cara menarik pelanggan dengan teknik yang betul.

Klik pada gambar untuk mengetahui tips yang diberikan.

Anda boleh pergi ke pautan yang berikut untuk mendapatkan tawaran-tawaran yang diberikan oleh Daulah Educonsult. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi pendidikan secara percuma sekiranya anda mendaftar kemasukan universiti luar negara menerusi Daulah Educonsult.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here