Umum mengetahui limau kasturi ini lazimnya digunakan dalam masakan dan juga menjadi penyedap makanan. Tetapi, tahukah anda limau kasturi ini juga sebenarnya memberi banyak kelebihan terhadap tubuh manusia.

Antara kelebihan yang boleh kita dapat dengan menggunakan limau kasturi ini adalah:

1.Membantu menghilangkan batuk

Limau kasturi ini mampu melegakan batuk dengan mencampurkan ia dengan kicap dan juga garam. Anda hanya perlu kacau bahan tersebut dan kemudiannya minum pada setiap pagi dan malam iaitu sebelum tidur. Cara ini sangat mudah dan memberi kesan yang baik kepada kesihatan anda.

2.Menghilangkan rasa sakit kepala

Bagaimana hendak hilangkan rasa sakit kepala ini? Anda perlu ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya kemudia, picitkan kulit limau kasturi tersebut sehingga keluar air. Pastikan percikan air limau yang keluar tersebut anda halakan kearah hidung anda.

BACA JUGA :   Pengambilan Vitamin C Baik Untuk Kesihatan Tubuh Badan
3.Mengurangkan penyakit lelah

Untuk mengurangkan penyakit lelah ini, anda boleh campurkan lima titik jus limau kasturi dengan sesudu madu asli. Seterusnya, campuran yang dibuat itu perlu diminum. Pengambilannya hanyalah seminggu sekali.

4.Menghilangkan Bau Badan

Untuk menghilangkan bau badan, caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian anda. Seterusnya anda juga boleh menggunakan limau kasturi tersebut dengan menggosokkannya pada kawasan yang berbau.

5.Membantu menurunkan berat badan

Bagaimana limau kasturi ini menurunkan berat badan anda? Sebenarnya ia berfungsi sebagai detoks. Anda boleh mencampurkan perahan limau kasturi tersebut dengan teh suam atau panas tanpa gula. Campuran tersebut perlu diamal dan diminum setiap hari untuk bantu mempercepat kesan penurunan berat badan. Ia juga membantu untuk mengempiskan perut dan mengembalikannya kepada bentuk badan yang ideal.

BACA JUGA :   Pengambilan Vitamin C Baik Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Semoga tips ini memberi manfaat kepada kesihatan badan anda. Di usia muda inilah anda perlu menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan anda. Sebelum ada yang menegur, alangkah lebih baik sekiranya anda sedar dan perbetulkannya terlebih dahulu.

Sekiranya anda ada kenalan atau keluarga yang ingin menyambung pengajian ke luar negara terutamanya negara Indonesia, anda boleh maklumkan kepada mereka untuk terus berhubung dengan Daulah Educonsult menerusi mana-mana platform di bawah.

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang menawarkan khidmat kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here