Pandemik telah menjejaskan banyak pihak termasuklah sektor pendidikan bukan sahaja dalam Malaysia namun seluruh dunia. Kebanyakan pelajar keliru dan ragu-ragu untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang mereka minati terutama sekali di luar negara.
Terdapat pelbagai spekulasi dan persoalan yang timbul dalam kalangan pelajar yang ingin belajar ke luar negara. Antaranya adalah adakah pelajar yang belajar di luar negara perlu menangguhkan sesi pembelajaran mereka?
Tahukah anda, terdapat ramai pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dalam musim pandemik ini. Pandemik yang melanda seluruh dunia ini bukanlah satu halangan bagi anda untuk menuntut ilmu di negara luar.
Terdapat beberapa tips yang pelajar boleh pertimbangkan untuk menyambung pengajian ke luar negara semasa pandemik.
Pertama, pelajar perlu menyediakan satu ruang atau sudut khas untuk belajar di rumah. Ini membantu pelajar untuk belajar dengan lebih fokus dan tenang. Ruang belajar yang dipilih haruslah kondusif tanpa sebarang gangguan bunyi atau gangguan yang boleh membuatkan pelajar hilang fokus.
Kedua, pelajar perlu memastikan semua alatan untuk pembelajaran secara atas talian telah disediakan dan lengkap termasuk peranti eletronik seperti laptop, komputer, telefon pintar dan lain-lain. Ini dapat melancarkan sesi pembelajaran pelajar bersama dengan pensyarah yang mengajar. Pembelajaran menggunakan platform atas talian seperti Zoom dan Google Meet akan lebih mudah sekiranya pelajar mempunyai kelengkapan dari segi peranti.
Ketiga, pelajar perlu memeriksa sambungan internet di ruang belajar bagi mengelakkan sesi pembelajaran menjadi sukar. Sekiranya sambungan Internet tidak sampai ke ruangan belajar, sesi pembelajaran secara atas talian mungkin akan tersangkut dan pelajar akan ketinggalan silibus yang dipelajari. Penting untuk dapatkan capaian Internet menyuluruh bagi memudahkan urusan pembelajaran atas talian.
Keempat, pelajar perlu mengulangkaji pelajaran terlebih dahulu sebelum bermulanya sesi pembelajaran atas talian bagi mengelakkan kekeliruan ketika mendengar penerangan daripada tenaga pengajar. Dengan itu, sesi pembelajaran akan lebih lancar dan pelajar cepat memahami apa yang dipelajari.
Pembelajaran secara online ini adalah satu ikhtiar bagi memudahkan pelajar yang ingin merasai susasana sesi pembelajaran di luar negara. Ia juga adalah salah satu alternatif yang baik bagi menjaga keselamatan pelajar itu sendiri sekaligus mengelakkan penularan wabak covid-19 memandang sekarang adalah musim pandemik.
Oleh yang demikian, Daulah Educonsult menawarkan peluang sambung pengajian di luar negara. Daulah Educonsult menawarkan kemudahan kepada anda untuk melakukan pendaftaran kemasukan ke universiti luar negara yang ditawarkan.Antara negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar adalah Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Manakala bidang pengajian yang ditawarkan adalah Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Kejuruteraan Pesawat, Kejuruteraan Lain-lain dan Perniagaan Antarabangsa.
Sekiranya anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara bersama Daulah Educonsult, anda boleh dapatkan maklumat di platform media sosial yang diberikan di bawah. Anda juga boleh berhubung terus dengan konsultan Daulah Educonsult untuk memudahkan urusan.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)