Anda merupakan pelajar lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ A-Level dan lain-lain setaraf? Masih mencari universiti yang sesuai dan terbaik untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan? Jangan bimbang, Daulah Educonsult sedia untuk memberi jalan penyelesaian.
Daulah Educonsult menyediakan khidmat nasihat bagi anda yang memerlukan khususnya berkait dengan perihal pemilihan bidang dan institusi pengajian. Menyedari kepelbagaian tahap kemampuan setiap individu, Daulah Educonsult sedia memberi khidmat nasihat.
Daulah Educonsult juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mendaftar kemasukan ke universiti dalam bidang Perubatan pada Tahun 2022. Tidak hanya membuka pendaftaran, Daulah Educonsult turut menawarkan khidmat konsultasi pendidikan kepada pelajar yang memerlukan sesi konsultasi tersebut.
Berikut adalah universiti yang menawarkan tempat kepada pelajar untuk sambung pengajian dalam bidang Perubatan di Indonesia.
-
Universitas Sumatera Utara, Medan
Universitas Sumatera Utara yang lebih dikenali sebagai USU ini menawarkan bidang pengajian dalam bidang perubatan terbaik di Indonesia. Universiti ini dibina pada tahun 1952 bermula dengan penubuhan Yayasan Universiti Sumatera Utara. Universiti ini juga menawarkan pelbagai kos di dalam bidang Perubatan seperti Pergigian dan Farmasi. Tempoh pengajian bidang Perubatan dan Pergigian adalah selama 5 tahun manakala Farmasi selama 4 tahun.
-
Universiti Airlangga, Surabaya
Universiti ini merupakan universiti awam di Indonesia. Ia bermula dengan fakulti Perubatan dan Fakuti Pergigian. Setelah itu, universiti ini semakin berkembang dan menambah lagi 15 fakulti yang lain. Terdapat pelbagai pilihan dalam bidang Sains Kesihatan yang boleh anda pilih sekiranya anda melanjut pengajian di universiti ini.
-
Universitas Hasanuddin, Makassar
Universitas Hasanuddin secara rasmi dibuka pada tahun 1947. Namun, pada tahun 1956 wujud sebuah Fakulti Kedoktoran yang ditambah bagi memenuhi kehendak pembelajaran. Di universiti ini, pelajar boleh menyambung pengajian dalam bidang Perubatan.
Universiti-universiti yang dinyatakan di atas adalah universiti yang diiktiraf oleh agensi kerajaan Malaysia dan Antarabangsa. Untuk syarat kemasukan ke universiti, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Antaranya:
-
Lepasan SPM/IGGCSE/O-Level dan setaraf: Memperoleh Gred B bagi setiap subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik @ Matematik Tambahan
-
Lepasan Diploma/Asasi/Matrikulasi/ STPM/A-Level dan setaraf: Memperoleh minima CGPA 3.00 dan ke atas
Sekiranya keputusan anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult di:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)