Tahukah anda, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Safer menjalankan promosi 0% caj penolakan kepada vendor yang berdaftar bersama Safer. Promosi ini bertujuan untuk membantu peniaga makanan dan minuman di luar sana untuk meningkatkan dan mempromosikan jualan para peniaga.
Kepada peniaga kecil, peniaga yang berniaga di rumah, home-kitchen, pengusaha restoran dan food truck, ini merupakan satu peluang untuk anda mempromosikan perniagaan anda secara atas talian.
Perniagaan secara atas talian kini sudah menjadi trend ditambah dengan situasi negara yang kini dilanda wabak pandemik Covid-19. Oleh itu, pihak Safer mewujudkan satu platform yang dikenali sebagai Safer Food Merchant. Safer Food Merchant adalah pilihan tepat untuk para peniaga sertai sebagai vendor. Di platform ini, para vendor boleh meluaskan pasaran dengan mempromosikan pelbagai variasi menu makanan dan minuman secara atas talian.
Untuk menjadi vendor di Safer Food Merchant, para peniaga perlu memastikan menu lengkap dengan gambar yang jelas dan senarai harga yang berpaptutan. Para peniaga juga perlu memastikan segala dokumen dan maklumat penting seperti:
-
Kad pengenalan pemilik (jpg,png)
-
Sijil SSM
-
Lesen perniagaan
-
Sijil HALAL
-
Lokasi premis perniagaan
-
Waktu operasi perniagaan
-
Akaun bank
Kepada anda yang masih lagi belum mendaftar sebagai salah seorang vendor kami, pendaftaran adalh percuma dan boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Link untuk mendaftar: <<https://www.safer.my/sign-up-restaurant>>
Seterusnya, vendor juga dikehendaki untuk memuat turun aplikasi Safer Food Merchant seperti di bawah.
Google Play Store ?:
https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple Store ?:
https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Kelas bimbingan atas talian juga diberikan secara percuma bagi membantu para vendor mengendalikan aplikasi Safer Food. Tempahan kelas bimbingan boleh dibuat menerusi <<https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood>>. Merchandise juga akan diberikan secara percuma kepada vendor yang sudah berdaftar bersama Safer Food Merchant.
Di samping itu, Safer turut menyediakan rakan penghantar yang akan membantu peniaga menghantar tempahan makanan kepada pelanggan. Ini kerana rakan penghantar yang disediakan merupakan rakan penghantar yang sudah mendaftar dengan Safer.
Peniaga yang sudah mendaftar boleh menghubungi khidmat pelanggan Safer sekiranya ada sebarang kesulitan ketika melakukan pendaftaran. Peniaga juga boleh mengikuti platform media sosial Safer untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini.
Customer Service: 011-2058 6389
Live Chat Safer: https://www.safer.my/
Official Website: https://safer.asia/
Facebook: https://www.facebook.com/saferasia/ Instagram: https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube: https://bit.ly/safergroup