Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menumpukan usahawan wanita bagi menguasai kemahiran e-dagang. Medac membantu golongan usahawan wanita ini melalui Program Women Netpreneur anjuran agensinya iaitu SME Corp Malaysia dengan kerjasama Gorgeous Geeks.
Program tersebut membantu usahawan wanita meningkatkan kemahiran e-dagang di samping menjana pendapatan dan kebolehpasaran diri mereka dalam dunia perniagaan.
Menurut Timbalan Menteri Medac, Datuk Wira Mas Ermieyati menyatakan bahawa golongan usahawan wanita tidak boleh dipandang sepi. Ini kerana golongan tersebut juga merupakan penyumbang signifikan dalam ekonomi negara. Oleh itu, penting untuk membantu usahawan wanita terutama mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Berdasarkan Bancian Ekonomi Tahun 2016 Jabatan Perangkaan Malaysia, perniagaan milik usahawan wanita telah menyumbang sebanyak RM69.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Perniagaan mereka juga membantu mewujudkan 786,132 peluang pekerjaan dengan RM11.1 billion sebagai gaji.
Selain itu, Medac juga komited dalam dalam memperkasa golongan wanita dalam pembangunan negara. Medac juakan terus menyokong pelaksanaan Program Women Netpreneur yang melibatkan usahawan wanita.
Program Women Netpreneur ini telah melatih usahawan wanita sebanyak 2,280 orang, dan daripada jumlah tersebut, 80 peratus peserta telah berjaya melanggan platform e-dagang. Plat e-dagang yang digunakan adalah Facebook, Lazada, Shopee dan lain-lain lagi platform yang boleh menjalankan perniagaan mereka.
Program tersebut juga bakal diteruskan dengan siri kedua yang bermula pada bulan Ogos sehingga November 2021.
Sumber: MyMetro
Anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi pendidikan daripada Daulah Educonsult untuk kemasukan ke universiti luar negara. Daulah Educonsult boleh dihubungi melalui talian khidmat pelanggan yang tertera.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)