Adakah anda antara salah seorang peniaga kecil, peniaga yang berniaga di rumah, home-kitchen, pengusaha restoran atau food truck? Inilah masanya untuk anda mendaftar sebagai vendor di Safer Food Merchant. Safer Food Merchant menyediakan satu platform untuk para peniaga makanan dan minuman berniaga secara atas talian.
Pendaftaran sebagai vendor di Safer Food Merchant adalah percuma sahaja. Peniaga hanya perlu klik pautan <<<https://www.safer.my/sign-up-restaurant>>> untuk mendaftar serta melengkapkan segala maklumat dan dokumen yang diperlukan.
Berniaga secara atas talian di Safer Food Merchant sangat mudah dan hanya memerlukan empat (4) dokumen sahaja.
-
Lesen perniagaan
-
Kad pengenalan
-
Sijil Halal
-
Sijil SSM
Selain itu, peniaga juga perlu melampirkan beberapa butiran penting berkenaan perniagaan seperti:
-
Lokasi/ Premis perniagaan
-
Waktu operasi perniagaan
-
Menu makanan beserta gambar
-
Harga makanan
-
Akaun bank
Setelah melengkapkan kesemua butiran maklumat dan dokumen yang diperluan, Pihak Safer akan mengaktifkan akaun peniaga dalam tempoh 24 jam. Apabila akaun sudah aktif, peniaga boleh terus ‘go online’ untuk menerima pesanan makanan dan minuman secara atas talian di aplikasi Safer Food Merchant.
Kelas bimbingan secara atas talian juga disediakan bagi membantu para vendor mengendalikan aplikasi Safer Food. Tempahan kelas bimbingan boleh dibuat menerusi pautan ini <<< https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood >>>
Peniaga juga perlu memilih slot masa dan hari untuk mendapatkan kelas bimbingan tersebut. Tambahan dari itu, Safer Food Merchant juga melakukan sesi LIVE pada setiap hari Rabu jam 11.30 pagi di Facebook dan Instagram rasmi Safer. Pelbagai perkara yang diketengahkan berkenaan tawaran yang dilakukan oleh Safer.
Vendor juga dikehendaki untuk memuat turun aplikasi Safer Food Merchant seperti di bawah.
Pengguna Android:
https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Pengguna iOS:
https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Seterusnya, vendor yang sudah mendaftar di Safer Food Merchant akan memperoleh banyak kelebihan. Antaranya ialah Safer Delivery Partner dan rider disediakan, platform berniaga secara atas talian, waktu kerja yang fleksibel, pendaftaran vendor secara percuma, kelas bimbingan disediakan, merchandise kedai diberikan secara percuma, jaringan pelanggan yang meluas, peluang mempromosikan perniagaan secara percuma, akaun diuruskan sepenuhnya oleh vendor, dan lain-lain lagi.
Bukan itu sahaja, sehingga kini, peniaga di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan dan Terengganu dan banyak lagi negeri telah menjadi vendor di Safer Food. Sekiranya anda masih lagi belum mendaftar sebagai vendor Safer, pastikan anda mendaftar sekarang.
Ikuti Safer di setiap media sosial untuk ketahui info-info terkini mengenai perkhidmatan yang ditawarkan.
Official Website: https://safer.asia/
Facebook: https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram: https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube: https://bit.ly/safergroup