Anda mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Pengajian Islam di Mesir dan Indonesia? Jika ya, anda boleh mendaftarkan diri bersama Daulah Educonsult untuk sesi kemasukan 2022.

Mesir dan Indonesia membuka permohonan buat pelajar yang ingin mempelajari bidang Pengajian Islam di universiti mereka. Berikut adalah universiti yang menawarkan bidang Pengajian Islam adalah:

  • Universiti Al-Azhar, Mesir

Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di dunia. Secara umumnya, fakulti Al-Azhar terbahagi kepada dua, iaitu Pengajian Agama dan Pengajian Sosial & Sains Kesihatan. Kesemua kuliah Ilmiyah terletak di kawasan Nasr City, dan selebihnya (kuliah Adabiyah) terletak di kawasan Hussien, bersebelahan dengan Masjid Agung Al-Azhar, dan cawangan-cawangan universiti Al-Azhar yang berada di pelbagai wilayah.

  • Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA), Riau
BACA JUGA :   Jom Kita Kenali Kebudayaan Orang Bangladesh

 

Universitas ini menawarkan Fakultas Tarbiyah & Keguruan, Syariah & Ilmu Hukum, Usuluddin, Dakwah & Ilmu Komunikasi, Sains dan Teknologi, Psikologi dan Ekonomi & Ilmu Sosial.

  • Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh

Universitas ini menawarkan bidang pengajian Islam. Fakulti yang ada di UIN Ar-Raniry adalah Fakulti Syariah & Hukum, Fakulti Usuluddin & Filsafat, Fakulti Dakwah & Komunikasi dan Fakulti Adab & Humaniora. Pelbagai bidang yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian minat anda.

Namun begitu, syarat kelayakan ke universiti-universiti tersebut adalah berbeza.

MESIR

  • Bagi pelajar lepasan SPM, mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Bahasa Arab, Syariah Islamiah, dan Pendidikan al-Quran & Sunnah.
  • Bagi pelajar lepasan STAM, sekurang-kurangnya mendapat pangkat JAYYID.

INDONESIA

  1. UIN SUSKA – Terbuka kepada pelajar lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level/ Diploma/ Asasi/ STAM/ STPM dan setaraf dari mana-mana aliran termasuk sains dan sastera. Terdapat juga ujian kemasukan untuk ke universiti ini.
  2. UIN Ar-Raniry – Terbuka hanya kepada pelajar lepasan STPM/Diploma/Asasi STAM (mendapat pangkat maqbul) dan setaraf. Perlu juga menduduki ujian kemasukan ke universiti ini.

Dalam pada itu, jika anda berminat untuk memyambung pengajian selain daripada bidang Pengajian Islam, anda boleh dapatkan maklumat menerusi Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Kenali Destinasi Pelancongan Dan Pendidikan Di Turki

Sebarang maklumat atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here