Bangladesh menawarkan bidang pengajian Perubatan, Pergigian, Veterinar dan Pertanian. Kemasukan ke universiti di Bangladesh adalah pada bulan Januari setiap tahun. Permohonan kemasukan terdekat adalah pada tahun 2022. Namun, permohonan dan pendaftaran sudah boleh dibuat bermula sekarang.
Pendaftaran kemasukan ke universiti pilihan di Bangladesh pada tahun 2022 boleh dibuat menerusi agensi Daulah Educonsult. Anda digalakkan untuk membuat pendaftaran awal bagi mendapatkan seat kerana kuota kemasukan adalah terhad.
Berikut adalah senarai Universiti yang ditawarkan di Bangladesh:
Mymensingh Medical College
Mymensingh Medical College adalah kolej perubatan kerajaan. Ia dimulakan pada tahun 1924 di Baghmara sebagai Sekolah Perubatan Lytton. Sekolah Perubatan Lytton telah menjalankan Perlesenan Fakulti Perubatan (LMF) sehingga tahun 1962. Mymensingh Medical College dinamakan pada tahun 1962, yang dimulakan dengan 32 pelajar sebagai kumpulan pertama.
Dhaka Medical College
Kampus koleh ini terletak di tengah-tengah bahagian lama Kota Dhaka berhampiran Taman Bahadur Shah dan bertentangan dengan Hakim-Hakim Dhaka yang bersejarah di atas tanah seluas 2,308 ekar.
Dhaka Dental College
Kolej pergigian Dhaka merupakan institusi pendidikan pergigian terbesar di Bangladesh. Ianya adalah sekolah pergigian pertama yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1961 dan merupakan satu-satunya kolej pergigian kerajaan di Bangladesh.
Chittagong Medical University
Pada tahun 1956, sebuah kolej perubatan ditubuhkan di Chittagong. Ia menjadi institusi kedua selepas Kolej Perubatan Dhaka ditubuhkan lapan tahun dahulu pada tahun 1948. Bermula dengan hanya tiga jabatan akademik iaitu Anatomi, Fisiologi dan Patologi. Selanjutnya Jabatan Paraclinical Pharmacology, Perubatan Forensik dan Perubatan komuniti telah ditubuhkan.
Bangladesh Agriculture University
Universiti Pertanian Bangladesh ditubuhkan pada 18 Ogos 1961. Fakulti Sains Veterinar adalah salah satu daripada universiti tersebut dan yang lainnya adalah Fakulti Pertanian. Universiti ini mempunyai enam fakulti dan 43 jabatan yang meliputi semua aspek pendidikan dan penyelidikan pertanian.
Mengapa anda perlu memilih untuk sambung belajar di Bangladesh?
- Yuran pengajian yang berpatutan
- Kos sara hidup rendah
- Penginapan yang selesa dan selamat
- Medium pembelajaran dalam Bahasa Inggeris dan Bengali
- Dapat belajar budaya baru dan bahasa asing
- Pengiktirafan penuh MQA, JPA, MMC, MDC, MVA dan lain-lain
Syarat kelakayan am untuk masuk ke universiti di Bangladesh adalah seperti berikut:
-
Bagi lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level atau setaraf, sekurang-kurangnya mendapat gred B bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik @ Matematik Tambahan
-
Bagi lepasan STPM/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma atau setaraf, mendapat minima CGPA 3.00 dan ke atas.
Anda yang berminat untuk menyambung pengajian ke universiti-universiti pilihan di Bangladesh boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Daulah Educonsult seperti yang tertera di bawah. Anda juga boleh mengikuti platform media sosial Daulah Educonsult untuk mendapatkan info-info yang terbaru dan terkini.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)