Poland adalah sebuah negara yang terletak di tengah-tengah negara Eropah yang bersempadan dengan Jerman. Negara ini mempunyai empat musim dan sentiasa menjadi pilihan tempat pelancongan. Bukan sekadar itu, negara ini juga menawarkan universiti untuk anda menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Daulah Educonsult memberi peluang kepada anda yang berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara terutamanya Poland. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut universiti. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah Perubatan, Kejuruteraan dan Pengurusan Perniagaan.

Jika anda mempunyai impian untuk sambung belajar di luar negara terutamanya di Poland, anda boleh lakukan pendaftaran menerusi agensi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult menawarkan universiti yang diiktiraf oleh MQA, MMC, KPT dan lain-lain agensi.

Berikut adalah pilihan universiti yang ditawarkan di Poland.
  1. University of Lodz

Universiti Lodz ditubuhkan pada 24 Mei 1945 di bawah Profesor Teodor Vieweger. Pada awal pertubuhannya, universiti ini mengendaliakan tiga fakulti iaitu Kemanusiaan, Sains Matematik & Sains, serta Undang-Undang & Ekonomi. Menjelang tahun 1946, kajian berkembang menjadi Farmasi, Perubatan, dan Pergigian.

Daulah Educonsult menawarkan bidang pengajian perubatan kepada pelajar yang ingin meyambung pengajian di universiti ini. Pelajar lepasan SPM/ STPM setaraf dari aliran sains boleh membuat kemasukan ke universiti ini dengan lulus subjek Biologi, Fizik, Kimia dan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas.

2. University of Warsaw

Universiti Perubatan Warsaw dikenali sebagai institut yang mempunyai piawaian pendidikan antarabangsa yang tinggi serta saling menjalankan pertukaran pandangan dengan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi dan Pusat Penyelidikan. Universiti ini menawarkan 19 program Ijazah termasuk 3 program Ijazah Sepenuh Masa dalam Bahasa Inggeris iaitu Pergigian, Perubatan, Farmasi.

BACA JUGA :   Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Berikrar Akan Meletakkan Jawatan

Oleh itu, Daulah Educonsult membuka peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang Perubatan selain daripada University of Lodz.

3. Warsaw University of Technology

Universiti Teknologi Warsaw membina tradisi universiti teknikal Poland yang digunakan untuk berfungsi di Warsaw. Universiti Teknologi Warsaw bermula dengan sendiri pada tahun 1915 berkat usaha Persatuan Kursus-kursus Saintifik dan Jawatankuasa Warga Kota Warsaw. Universiti ini telah menghasilkan generasi graduan dan telah meningkatkan pencapaian saintifik dan teknikal.

Oleh itu, Daulah Educonsult menawarkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan di universiti ini. Universiti ini adalah uiversiti terbaik buat para pelajar yang minat dalam bidang Kejuruteraan.

4. Vistula University

Universiti Vistula ditubuhkan pada tahun1992. Universiti ini merupakan Institut Pengajian Tinggi Swasta. Pengkhususan bidang pengajian utama universiti adalah Hubungan Antarabangsa, Kewangan dan Perakaunan, Pelancongan dan Rekreasi.

Selain Warsaw University of Technology, Daulah Educonsult menawarkan universiti bidang pengajian Kejuruteraan. Ini kerana universiti ini mendapat pengiktirafan hasil prestasi graduan dalam pasaran pekerjaan. Peluang pelajar untuk membina kerjaya dari universiti ini adalah tinggi.

BACA JUGA :   5 Barang Wajib Yang Berguna Ketika Melancong
5. Vincent Pol University

Universiti Vincent Pol adalah universiti swasta yang telah ditubuhkan pada tahun 2000. Tujuan universiti ini adalah untuk merealisasikan impian pelajar dalam mencapai tahap berkelayakkan dalam bidang diminati. Di universiti ini juga terdapat program latihan dalam Bahasa Poland dan Bahasa Inggeris.

Daulah Educonsult menawarkan bidang pengajian Pengurusan Perniagaan Antarabangsa selama 4 tahun pengajian. Semua lepasan setaraf layak untuk memohon bidang ini. Bidang ini tidak terikat seperti bidang pengajian yang lain, iaitu walaupun bukan dari aliran sains, masih boleh mohon untuk kemasukan.

Berikut adalah syarat kelayakan kemasukan ke university di Poland.
  • Lepasan SPM, IGGCSE, O-Level dan setaraf: Memperoleh Gred B bagi setiap subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik @ Matematik Tambahan
  • Lepasan Diploma, Asasi, Matrikulasi, STPM, A-Level dan setaraf: Memperoleh minima CGPA 3.00 dan ke atas

Adakah anda berminat untuk menyambung pengajian ke Poland? Jika ya, anda boleh menghubungi agensi Daulah Educonsult dengan segera. Perkhidmatan konsultasi pendidikan akan diberi secara percuma kepada anda yang berhubung dengan kami.

Berikut adalah platform di mana anda boleh menghubungi pihak Dulah Educonsult. Jangan lepaskan peluang. Kami sedia membantu anda untuk kemasukan ke universiti pilihan.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here