Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan berkenaan pembelian tambahan vaksin Covid-19 sebanyak enam juta dos mampu meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19. Penerimaan enam juta dos tersebut pula dijangka pada awal bulan hadapan (September).

Pakar Epidemiologi dan Biostatistik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata ancaman varian Delta yang melanda negara Malaysia ini memerlukan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 atau dos penggalak buat rakyat Malaysia. Ini kerana varian Delta ini mudah berjangkit terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi.

Klik pada gambar untuk terus ke laman Facebook Daulah Educonsult dan dapatkan maklumat dan info terkini tentang peluang sambung belajar luar negara.

Selain itu, Perdana menteri Ismail Sabri memberikan jaminan untuk terus memperkasa strategi dalam mendepani pandemik Covid-19 ini. Strategi tersebut merupakan strategi yang telah dirangka oleh kerajaan sebelum ini setelah mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar kesihatan awam negara.

Megulas isu tersebut, Dr Malina mengatakan bahawa perkongsian data yang lebih meluas dan jelas diperlukan supaya rakyat faham. Pada ketika ini, perkara yang perlu ditumpukan adalah beban sektor kesihatan negara berbanding jumlah kes Covid-19 yang diumumkan setiap hari.

BACA JUGA :   Ekonomi Malaysia Dijangka Pulih Dengan Ketibaan Vaksin COVID-19
Klik pada gambar untuk ke laman rasmi Daulah Educonsult bagi mendapatkan segala maklumat tentang universiti dan bidang yang ditawarkan.

Di samping itu, penglibatan komuniti dan kesedaran rakyat adalah lebih penting. Ini kerana jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan di hospital adalah aspek yang perlu dilihat. Hal ini berikutan dengan purata kes Covid-19 harian yang dilaporkan adalah tidak bergejala. Maka, masyarakat ini perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah dan perlu memastikan wabak tersebut dapat dicegah sebelum menular.

Dr Zainal Ariffin berkata jumlah pendaftar di MySejahtera yang belum mendapat janji temu vaksinasi adalah masih ramai. Terdapat juga aduan daripada beberapa buah negeri mengenai bekalan vaksin tidak cukup atau lambat berbanding dengan permintaan dan prestasi pusat pemberian vaksin (PPV).

Beliau juga mengatakan kerajaan perlu memastikan strategi mendepani pandemik ini diperkasa dengan menghantar bekalan vaksin ke semua negeri. Berkenaan itu, dos penggalak atau dos ketiga vaksin boleh dirancang selepas sasaran dos kedua tercapai. Suntikan tersebut akan diberikan kepada golongan yang mudah terjejas dan kumpulan berisiko tinggi secara berperingkat.

BACA JUGA :   PM Jadi Orang Pertama Suntik Vaksin COVID-19 Di Malaysia, Seru Rakyat Untuk Tidak Takut.

Jika anda mahu melanjutkan pengajian ke luar negara di peringkat Ijazah Sarjana Muda, anda boleh melakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Pendaftaran kemasukan adalah bagi tahun 2021/2022 dan kuota kemasukan ke universiti adalah terhad.

Anda perlu bertindak segera sebelum kuota kemasukan penuh. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi melalui talian khidmat pelanggan yang tertera.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here