Pemilik-pemilik perniagaan menyeru kerajaan agar membuka semua sektor ekonomi dan tidak menggunakan rancangan asal Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ini kerana ia menetapkan fasa-fasa sebagai petunjuk bagi melonggarkan sekatan yang sedikit memberi tekanan kepada pemilik-pemilik perniagaan.

Berikutan dengan Lembah Klang yang menjadi nadi ekonomi negara, ia masih kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1. Sementara negeri-negeri kecil yang lain telah beranjak ke Fasa 2 dan Fasa 3.

Di samping itu, Syed Hussain Syed Husman selaku Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mengatakan bahawa kerajaan perlu memberi tumpuan kepada zon merah. Kerajaan boleh bertindak dengan menyekat pergerakan di kawasan tersebut sahaja dan memberi rawatan kepada yang memerlukan.

Beliau turut berkata pihak berkuasa sepatutnya menggunakan strategi gabungan pemberian vaksin yang pantas seterusnya membenarkan perniagaan dibuka semula dengan SOP yang ketat. Namun, pemberian vaksinasi juga tidak ada faedahnya jika majikan dan kakitangan masih menderita dari segi ekonomi.

BACA JUGA :   PM Ismail Sabri Umum Pembentukan Kabinet Baharu Hari ini

Selain itu, beliau mengatakan bahawa para majikan begitu komited untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan pihak MEF menyokong tindakan tersebut. Malah, tindakan tegas akan diberikan kepada majikan yang melanggar peraturan itu.

Syed Hussain berkata, para majikan yang menjalankan sektor ekonom I di negeri Fasa 1 juga tidak sabar menanti SOP yang bakal dilonggarkan. Ini kerana lockdown telah menjejaskan industri peruncitan dan PKS. Selain daripada itu, tukang gunting, tukang emas, pengusaha cuci kereta dan kedai hadiah adalah antara pengusaha kecil yang terjejas daripada fasa PPN ini.

Tuntasnya, beliau mengatakan lockdown yang berlangsung sehingga kini tidak lagi dapat mengekang penularan wabak Covid-19 yang melanda negara. Oleh itu, pertukaran strategi perlulah dilakukan untuk mengurangkan penderitaan pemilik-pemilik perniagaan di negeri Fasa 1 PPN.

BACA JUGA :   Bank Makanan Peringkat Nasional: Ringankan Beban dan Elakkan Pembaziran
Negeri tersebut adalah:
  • Kedah
  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya Negeri
  • Sembilan
  • Melaka
  • Johor

Sumber: Astro Awani

Anda berminat untuk melanjut pengajian di luar negara tetapi tidak tahu bagaimana? Jangan khuatir, Daulah Educonsult sedia membantu anda!

Peluang sambung belajar ke luar negara di peringkat Ijazah Sarjana Muda ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, STPM, DIPLOMA, MATRIKULASI, ASASI, A-LEVEL, IB dan setaraf.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan cara permohonan dan sebagainya, anda boleh hubungi pihak Daulah Educonsult di talian:
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here