Adakah anda mempunyai impian untuk menjadi seorang doktor dan dapat belajar di luar negara? Terdapat banyak laluan untuk anda sambung belajar selepas SPM atau Diploma di dalam bidang perubatan universiti luar negara.
Daulah Educonsult ingin menawarkan peluang sambung belajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universitas Sumatera Utara kepada anda. Universitas Sumatera Utara yang dikenali sebagai USU ini adalah universiti terulung di Indonesia. Ia merupakan universiti awam yang terletak di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Universiti ini telah mendapat pengiktirafan oleh JPA, MQA, MMC, KPM dan lain-lain.
Universitas Sumatera Utara, Indonesia kini membuka sesi kemasukan pelajarnya pada bulan September 2022. Jika pelajar berminat untuk menyambung pengajian di universiti ini, pelajar boleh memilih bidang Perubatan. Ini kerana selain daripada bidang Perubatan, USU juga menawarkan bidang Pergigian dan Farmasi.
Sekiranya anda menyambung pengajian di Universitas Sumatera Utara di Indonesia, banyak kelebihan yang bakal anda perolehi. Antaranya adalah:
-
Bahasa yang digunakan seakan-akan sama
-
Banyak kedai makan dan restoran halal
-
Lokasi universiti yang strategik
-
Fasiliti yang lengkap buat kegunaan pelajar
-
Diiktiraf oleh agensi kerajaan Malaysia dan Antarabangsa
Oleh itu, sekiranya pelajar berminat untuk ke Universitas Sumatera Utara, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu untuk dipenuhi.
-
Lepasan SPM/IGGCSE/O-Level dan setaraf: Memperoleh Gred B bagi setiap subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik @ Matematik Tambahan
-
Lepasan Diploma/Asasi/Matrikulasi/STPM/A-Level dan setaraf: Memperoleh minima CGPA 3.00
Sekiranya pelajar memperoleh selain daripada syarat di atas, pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada konsultan Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi perunding yang dapat membantu dalam kemasukan pelajar ke uiversiti luar negara.
Untuk kemasukan ke Universitas Sumatera Utara, Daulah Educonsult telah membuka pendaftaran kemasukan untuk sesi September 2022. Untuk maklumat lanjut, para pelajar atau ibu bapa boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)