Bangladesh menawarkan bidang pengajian Perubatan, Pergigian dan Veterinar. Kemasukan ke universiti di Bangladesh adalah pada bulan Januari setiap tahun. Permohonan kemasukan terdekat adalah pada tahun 2022. Namun, permohonan dan pendaftaran sudah boleh dibuat bermula sekarang.

Pendaftaran segera boleh dibuat menerusi agensi Daulah Educonsult bagi kemasukan sesi Januari 2022. Pendaftaran awal adalah sangat digalakkan kerana kuota seat yang ditawarkan adalah terhad dan pendaftaran akan ditutup sejurus permohonan penuh. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang pelajar antarabangsa yang belajar di Bangladesh.

Daulah Educonsult adalah sebuah agensi konsultasi pendidikan yang mengurus dan membantu pelajar untuk mendapatkan tempat menyampung pengajian ke universiti luar negara sesuai dengan kelayakan pelajar.

Berikut adalah senarai Universiti dan bidang pengajian yang ditawarkan di Bangladesh.

  • Mymensingh Medical College (Perubatan)
    Mymensingh Medical College adalah kolej perubatan kerajaan. Ia dimulakan pada tahun 1924 di Baghmara sebagai “Sekolah Perubatan Lytton”. Sekolah Perubatan Lytton telah menjalankan Perlesenan Fakulti Perubatan (LMF) sehingga tahun 1962. Mymensingh Medical College dinamakan pada tahun 1962, yang dimulakan dengan 32 pelajar sebagai kumpulan pertama.

  • Dhaka Medical College (Perubatan)
    Kampus kolej ini terletak di tengah-tengah bahagian lama Kota Dhaka berhampiran Taman Bahadur Shah dan bertentangan dengan Hakim-Hakim Dhaka yang bersejarah di atas tanah seluas 2,308 ekar.

  • Dhaka Dental College (Pergigian)
    Kolej pergigian Dhaka merupakan institusi pendidikan pergigian terbesar di Bangladesh. Ianya adalah sekolah pergigian pertama yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1961 dan merupakan satu-satunya kolej pergigian kerajaan di Bangladesh.

  • Chittagong Medical University (Perubatan)
    Pada tahun 1956, sebuah kolej perubatan ditubuhkan di Chittagong. Ia menjadi institusi kedua selepas Kolej Perubatan Dhaka ditubuhkan lapan tahun dahulu pada tahun 1948. Bermula dengan hanya tiga jabatan akademik iaitu Anatomi, Fisiologi dan Patologi. Seterusnya Jabatan Paraclinical Pharmacology, Perubatan Forensik dan Perubatan komuniti pula ditubuhkan.

  • Bangladesh Agriculture University (Veterinar, Pertanian)
    Universiti Pertanian Bangladesh ditubuhkan pada 18 Ogos 1961. Fakulti Sains Veterinar adalah salah satu daripada dua fakulti asal dan selebihnya adalah Fakulti Pertanian. Universiti Pertanian Bangladesh ditubuhkan sebagai satu-satunya universiti seumpamanya di Bangladesh pada tahun 1961. Ia mula berfungsi dengan Kolej Penternakan Haiwan dan Sains Veterinar. Universiti ini mempunyai 6 fakulti dan 43 jabatan yang meliputi semua aspek pendidikan dan penyelidikan pertanian.

Untuk makluman anda, Daulah Educonsult hanya menawarkan universiti yang telah mendapat pengiktirafan oleh WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, dan lain-lain agensi kerajaan.

BACA JUGA :   Institut Pertanian Bogor Di Indonesia, Pilihan Untuk Lanjutkan Pengajian Dalam Bidang Veterinar

Di samping itu, permohonan kemasukan dibuka kepada pelajar lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level @ Asasi/ Diploma/ Matrikulasi/ STPM/ A-Level/ IB dan setaraf.

Bagi lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level atau setaraf, sekurang-kurangnya mendapat gred B bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik @ Matematik Tambahan. Lepasan ini perlu mengambil kelas asasi terlebih dahulu sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Manakala bagi lepasan STPM/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma atau setaraf, mendapat minima CGPA 3.00 dan ke atas.

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian khidmat pelanggan Daulah Educonsult seperti di bawah. Anda juga boleh mengikuti platform media sosial Daulah Educonsult untuk mendapatkan info-info terkini.

BACA JUGA :   Peluang Kemasukkan Ke Universiti Di Indonesia.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here