Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menerusi perkongsian di Facebook, pengambilalihan kerajaan itu mungkin berpihak kepada UMNO. Ini berikutan dengan tindakan untuk merebahkan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara tersebut diyakinkan apabila UMNO sedia untuk meletakkan kedudukan mereka sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan.

Menurut Tony Pua, sekiranya mana-mana pemimpin UMNO mendapat jawatan Perdana Menteri, semua kleptokrat berkemungkinan memperoleh kembali kuasa. Ini melibatkan masa depan negara yang dilihat bergantung kepada keseimbangan politik.

Beliau juga mempersoalkan antara dilema yang mungkin berlaku jika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat sokongan majoriti. Ditambah pula dengan Ahli Parlimen Damansara yang mempersoalkan sekiranya golongan kluster mahkamah dalam UMNO kembali mendapat kuasa, mereka akan lagi berpengaruh. Mereka juga lebih berkuasa menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

BACA JUGA :   Selepas HSR, Projek MRT3 Juga Turut Dibatalkan Oleh Tun M

Perkara ini dapat dijangkakan apabila UMNO akan menjadi lebih kuat dengan mengukuhkan kedudukan politik mereka untuk PRU akan datang. Ini mungkin sudah menjadi satu strategi buat UMNO untuk mendapatkan kembali kawalan dan kuasa politik mereka.

Sumber: Astro Awani

Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKP berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.

Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.

<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here