Anda berimpian untuk menjadi seorang pengamal perubatan pada masa akan datang? Jika ya, Kursk State Medical University adalah pilihan terbaik untuk anda sambung pengajian bidang Pra-Perubatan dan Perubatan.
Kursk State Medical University adalah universiti perubatan terbaik di Rusia dan menawarkan bidang pengajian perubatan terbaik kepada anda. Universiti ini lebih dikenali sebagai KSMU. KSMU merupakan universiti pertama yang menawarkan program latihan perubatan dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, KSMU juga menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di tempatnya. Bukan hanya pelajar Malaysia sahaja, namun terdapat juga pelajar antarabangsa yang memohon kemasukan ke KSMU ini.
Peluang sambung belajar ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level atau Asasi, Matrikulasi, Diploma dan lain-lain yang setaraf. Bukan sekadar itu, pendaftaran kemasukan juga boleh dilakukan menggunakan keputusan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Oleh yang demikian, Daulah Educonsult membuka tawaran sambung pelajar dalam bidang Pra-Perubatan dan Perubatan di KSMU. Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan terbaik yang membimbing dan mengurus kemasukan pelajar untuk sambung belajar di luar negara.
Bagi pelajar yang berminat, anda boleh berhubung dengan pihak konsultan Daulah Educonsult untuk mendapatkan sesi konsultasi pendidikan secara percuma. Pelajar juga diperlukan untuk melampirkan keputusan peperiksaan terkini pelajar untuk memudah urusan semakan kelayakan pelajar dibuat.
Selain itu, jika anda menyambung pengajian di KSMU, anda akan peroleh banyak kelebihan. Antaranya ialah:
-
Yuran pengajian berjenis “LOCK FEE”
-
Kemudahan fasiliti disediakan buat pelajar
-
Pengajian dijalankan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya
-
Mempunyai empat sesi kemasukan (Februari, April, Jun dan September)
-
Mendapat pengiktirafan agensi kerajaan Malaysis seperti MMC DAN MQA
-
Memperoleh pengiktirafan di peringkat global
Untuk makluman pelajar, berikut adalah syarat kelayakan am yang diperlukan untuk memohon kemasukan ke KSMU:
-
Bagi lepasan SPM, IGCSE, O-Level dan setaraf: Memperoleh Gred B bagi setiap mata pelajaran Sains iaitu Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan@Matematik
-
Bagi lepasan STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi, A-Level dan setaraf: Memperoleh minima CGPA 3.00 dan ke atas (Pelajar Aliran SAINS Sahaja)
Namun, bagi pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level dan setaraf, anda akan ditawarkan untuk mengikuti bidang Pra-Perubatan selama satu tahun. Setelah itu, anda akan menyambung pengajian ke bidang Perubatan selama enam tahun seperti yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Diploma, Asasi, Matrikulasi, A-Level dan setaraf.
Selain KSMU, Daulah Educonsult juga menawarkan bidang pengajian dalam bidang perubatan di universiti lain seperti:
RUSIA1) Volgograd State Medical University2) I.M Sechenov First Moscow State Medical University3) Privolzhsky Research Medical University
|
INDONESIA1) Universitas Sumatera Utara2) Universitas Airlangga3) Universitas Hasanuddin |
POLAND1) University of Lodz2) University of Warsaw
|
BANGLADESH1) Dhaka Medical College2) Mymensingh Medical College3) Chittagong Medical College |
Jika anda mahu mengetahui maklumat yang lebih mendalam berkenaan peluang sambung belajar di KSMU ini, anda boleh berhubung dengan konsultan pendidikan Daulah Educonsult.
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com