Safer Ride merupakan perkhidmatan penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Anda yang sudah berdaftar bersama Safer boleh menggunakan aplikasi Safer Ride untuk membuat tempahan kenderaan dan juga pemilihan lokasi yang hendak ditujui.
Safer Ride juga menyediakan pelbagai jenis kenderaan mengikut keselesaan anda. Ia mempunyai empat kategori pilihan kenderaan. Kategori kenderaan tersebut boleh dipilih bergantung kepada keselesaan dan kuota jumlah penumpang. Harga yang ditawarkan untuk kesemua perkhidmatan adalah mesra pengguna dan berpatutan.
Di samping itu, pihak Safer mengingatkan pengguna yang menggunakan Safer Ride supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pihak Safer juga memberi pesanan kepada pengguna untuk mensanitasi tangan dan sentiasa memakai pelitup muka semasa menggunakan perkhidmatan.
Antara kategori pilihan kenderaan yang terdapat di Safer Ride adalah SaferGo, SaferGo Xtra, Safer Gold dan Safer Indulge.
-
SaferGo – Merupakan kategori kelas ekonomi. Kuota penumpang memuatkan satu sehingga empat orang sahaja. Jenis kenderaan tersebut adalah Perodua Axia, Perodua Myvi, Proton Saga dan lain-lain.
-
SaferGo Xtra – Kenderaan yang disediakan boleh memuatkan jumlah penumpang satu hingga enam orang. Pilihan kenderaan seperti Perodua Alza, Grand Livina, Proton Exora dan lain-lain.
-
Safer Gold – Penghantaran penumpang menggunakan kereta premium. Kuota jumlah penumpang bagi kenderaan ini adalah satu sehingga empat orang. Jenis kenderaan yang digunakan adalah Toyota Vios, Mercedez, BMW dan lain-lain.
-
Safer Indulge – Menawarkan kenderaan yang ekslusif. Kenderaan yang digunakan adalah Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Hyundai Starex dan Nissan Serena. Kuota jumlah penumpang kereta ini boleh memuatkan sehingga enam orang penumpang.
Selain menggunakan perkhidmatan Safer Ride, terdapat juga perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Safer. Antaranya adalah:
Safer Food
Menawarkan perkhidmatan pemesanan dan pembelian makanan secara atas talian. Pelbagai variasi menu makanan dan minuman ditawarkan dari pelbagai pilihan restoran dan kedai makan di dalam aplikasi Safer. Anda hanya perlu membeli dan menunggu sehingga Delivery Partner Safer sampai di hadapan rumah anda.
Safer Delivery
Menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran barangan. Peniaga yang berniaga dari rumah atau peniaga yang berniaga secara atas talian sesuai untuk menggunakan perkhidmatan ini. Ini kerana Safer Delivery akan menghantar barangan anda kepada pelanggan dengan pantas dan dijamin barang yang dihantar dalam keadaan baik. Terdapat dua kategori penghantaran iaitu Single Delivery dan Multi Delivery.
Safer Concierge
Merupakan satu perkhidmatan peneman dan pembantu peribadi kepada pengguna Safer yang menempah perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini dilakukan sepanjang tempoh tempahan untuk menyelesaikan segala urusan. Tempahan perkhidmatan ini boleh dibuat menerusi aplikasi Safer.
Safer Swift
Menawarkan perkhidmatan penghantaran penumpang dengan menggunakan motosikal. Penghantaran penumpang lebih lancar dan pantas. Anda juga diingatkan untuk membawa topi keledar anda sendiri sebagai langkah penjagaan keselamatan di jalan raya.
Tunggu apa lagi? Ayuh mendaftar sebagai pengguna Safer dan gunakan perkhidmatan yang ditawarkan di Safer.
Klik pada pautan di bawah untuk melakukan pendaftaran secara percuma.
<<< https://tinyurl.com/y6u9r4f5 >>>
Anda juga perlu memuat turun aplikasi Safer untuk menggunakan perkhidmatan dibuat.
Pengguna Android :
https://bit.ly/saferandroid
Pengguna iOS :
https://bit.ly/saferiphone
Untuk mengetahui maklumat lajut dan promosi yang ditawarkan di Safer, anda boleh mengikuti Safer di mana-mana platform media sosial seperti yang berikut.
Official Website: https://safer.asia/
Facebook: https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram: https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube: https://bit.ly/safergroup