MERCY Malaysia dalam usaha tangani kesihatan mental petugas barisan hadapan telah memulakan program intervensi dengan mewujudkan pusat, modul latihan serta mengagihkan kit rawatan kendiri kesihatan mental. Hal ini adalah untuk mengurangkan impak psikologi ke atas petugas barisan hadapan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Berikutan itu, MERCY Malaysia memaklumkan bahawa petugas barisan hadapan ini memainkan peranan yang sangat besar sepanjang pandemik. Petugas barisan hadapan ini berisiko untuk menjadi sumber utama tekanan moral dan mendedahkan mereka kepada kerisauan yang berlebihan.

MERCY Malaysia juga telah memulakan program intervensi untuk menyokong ketahanan dan kesejahteraan kesihatan mental kakitangan. Ia juga menubuhkan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) yang membantu sebagai sokongan psikoterapi.

BACA JUGA :   Tip Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik

Di samping itu, Pusat MHPSS di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) secara rasmi telah menerima petugas-petugas barisan hadapan untuk menjalani sesi psikoterapi manakala Pusat MHPSS di Hospital Kuala Lumpur dijadualkan bermula pada 30 Ogos 2021. Pusat MHPSS ini membenarkan sesi psikoterapi dilakukan secara bersemuka untuk pertugas barisan hadapan dalam keadaan yang kondusif dan tertutup.

MERCY Malaysia juga akan terus menilai dan membangunkan intervensi kesihatan mental bagi mengatasi impak pandemik kepada petugas barisan hadapan. Ia juga melindungi dan menggalakkan kesejahteraan psikologi terhadap kesihatan mental petugas dari semasa sehingga selepas penularan wabak Covid-19.

Modul latihan organisasi pula bertujuan untuk menyediakan modul dan mekanisme yang boleh dipercayai untuk petugas barisan hadapan mengatasi masalah tekanan tersebut. Seterusnya, kit kendiri kesihatan mental yang diberikan oleh MERCY Malaysia merupakan satu bantuan kecemasan psikologi (PFA) yang mempunyai informasi mengenai pengurusan fizikal dan emosi.

BACA JUGA :   Kepentingan menjaga kesihatan mental dalam keluarga

Sumber: Astro Awani

Klik pada gambar untuk mengetahui maklumat lanjut

Sekiranya anda berminat untuk melanjut pengajian ke Kursk State Medical University di Rusia, anda boleh menekan mana-mana pautan di bawah untuk berhubung terus dengan Daulah Educonsult.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here