Safer Food Merchant adalah sebuah platform atas talian yang bertujuan untuk mempromosikan produk makanan secara meluas di dalam talian. Kepada peniaga kecil, peniaga yang berniaga di rumah, home-kitchen, pengusaha restoran dan food truck sangat digalakkan untuk sertai Safer Food Merchant bagi meluaskan dan mempromosikan perniagaan makanan dan minuman anda.
Safer Food Merchant juga menggalakkan penglibatan suri rumah sebagai vendor di Safer agar suri rumah dapat menambahkan pendapatan isi rumah. Ini kerana terdapat sebahagian suri rumah yang berniaga di rumah tetapi masih mencari platform dalam talian untuk memasarkan perniagaan mereka. Sekiranya suri rumah mendaftar sebagai vendor di Safer Food Merchant, suri rumah boleh menjana pendapatan melaluinya.
Safer Food Merchant juga menawarkan banyak kelebihan kepada suri rumah yang mendaftar sebagai vendor. Salah satu daripadanya adalah suri rumah akan mendapat penawaran 0% caj penolakan. Ini kerana Safer Food Merchant masih meneruskan lagi tawaran 0% caj penolakan kepada vendor yang sudah mendaftar. Maka, suri rumah boleh mempromosikan perniagaan secara dalam talian di samping menjana 100% keuntungan bersih.
Selain itu, suri rumah tidak perlu menghantar makanan kepada pelanggan. Ini kerana pihak Safer menyediakan rakan penghantar yang akan membantu suri rumah menghantar tempahan makanan kepada pelanggan. Rakan penghantar yang disediakan merupakan rakan penghantar yang sudah mendaftar dengan Safer.
Seterusnya, masa kerja adalah fleksibel. Ianya sangat sesuai untuk suri rumah yang berniaga dari rumah. Malah, platform Safer Food Merchant ini membantu meningkatkan lagi jualan makanan dan minuman anda secara atas talian. Ini kerana platform ini mempunyai jaringan pelanggan yang meluas.
Di samping itu, pendaftaran vendor juga adalah secara percuma. Suri rumah yang berminat untuk menjadi vendor di Safer Food Merchant boleh mendaftar menerusi pautan di bawah.
<<<https://www.safer.my/sign-up-restaurant>>>
Bukan itu sahaja, suri rumah juga dapat mempromosikan perniagaan secara atas talian di Safer Food Merchant. Anda juga boleh memuat turun aplikasi Safer Food Merchant seperti di bawah.
Pengguna Android:
https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Pengguna iOS:
https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Suri rumah yang ingin berdaftar sebagai vendor di Safer Food Merchant perlu melampirkan empat dokumen penting seperti:
Anda juga perlu melampirkan beberapa butiran dan dokumen penting berkenaan perniagaan seperti:
-
Lokasi premis perniagaan
-
Waktu operasi perniagaan
-
Menu makanan beserta gambar
-
Harga makanan
-
Akaun bank
Setelah kesemua dokumen dan butiran perniagaan dilengkapkan, pengaktifan akaun akan dilakukan dalam tempoh 24 jam. Anda juga sudah boleh memulakan perniagaan anda dan menerima pemesanan makanan secara dalam talian menerusi aplikasi Safer Food Merchant.
Pihak Safer juga menyediakan kelas kepada para vendor yang masih keliru untuk melakukan pendaftaran. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kelas bersama Safer, anda perlu menempah slot terlebih dahulu. Berikut adalah link untuk menempah slot.
<<< https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood >>>
Jika anda berminat untuk menyertai Safer Food Merchant, jangan lupa mendaftar dengan Safer. Inginkan maklumat lanjut, sila layari laman web dan media sosial Safer.
Live Chat Safer: https://www.safer.my/
Official Website: https://safer.asia/
Facebook: https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram: https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube: https://bit.ly/safergroup