Daulah Educonsult membuka peluang kepada anda yang berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara terutamanya Poland. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut universiti. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah Perubatan, Kejuruteraan dan Pengurusan Perniagaan.

Jika anda mempunyai impian untuk sambung belajar di luar negara terutamanya di Poland, anda boleh lakukan pendaftaran menerusi agensi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult menawarkan universiti yang diiktiraf oleh MQA, MMC, KPT dan lain-lain agensi.

Berikut adalah pilihan universiti yang ditawarkan di Poland.
Medical University of Lodz

Universiti Lodz ditubuhkan pada 24 Mei 1945 di bawah Profesor Teodor Vieweger. Pada awal pertubuhannya, universiti ini mengendaliakan tiga fakulti iaitu Kemanusiaan, Sains Matematik & Sains, serta Undang-Undang &Ekonomi. Menjelang tahun 1946, kajian berkembang menjadi farmasi, perubatan, dan pergigian.

Daulah Educonsult menawarkan bidang pengajian perubatan kepada pelajar yang ingin meyambung pengajian di universiti ini.

Medical University of Warsaw

Universiti Perubatan Warsaw dikenali sebagai institut yang mempunyai piawaian pendidikan antarabangsa yang tinggi serta saling menjalankan pertukaran pandangan dengan lain-lain institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan. Universiti ini menawarkan 19 program ijazah termasuk 3 program ijazah sepenuh masa dalam bahasa Inggeris iaitu Pergigian, Perubatan, Farmasi.

BACA JUGA :   Tawaran Sambung Belajar Di Rusia Oleh Daulah Educonsult

Oleh itu, Daulah Educonsult membuka peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di universiti ini selain daripada Medical University of Lodz.

Warsaw University of Technology

Universiti Teknologi Warsaw membina tradisi universiti teknikal Poland yang digunakan untuk berfungsi di Warsaw. Universiti Teknologi Warsaw bermula dengan sendiri pada tahun 1915 berkat usaha Persatuan Kursus-kursus Saintifik dan Jawatankuasa Warga Kota Warsaw.

 

Oleh itu, Daulah Educonsult menawarkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di universiti ini. Universiti adalah uiversiti terbaik buat para pelajar yang minat dalam bidang kejuruteraan.

Vistula University

Universiti Vistula ditubuhkan pada tahun1992. Universiti ini merupakan Institut Pengajian Tinggi Swasta. Pengkhususan bidang pengajian utama universiti adalah Hubungan Antarabangsa, Kewangan dan Perakaunan, Pelancongan dan Rekreasi.

Daulah Educonsult juga menawarkan bidang pengajian kejuruteraan di universiti ini. Ini kerana universiti ini mendapat pengiktirafan hasil prestasi graduan dalam pasaran pekerjaan. Peluang pelajar untuk membina kerjaya dari universiti ini adalah tinggi.

Vincent Pol University

Universiti Vincent Pol adalah universiti swasta yang telah ditubuhkan pada tahun 2000. Tujuan universiti ini adalah untuk merealisasikan impian pelajar dalam mencapai tahap berkelayakkan dalam bidang diminati. Proram latihan dilakukan dalam Bahasa Poland dan Bahasa Inggeris.

BACA JUGA :   Berimpian Sambung Belajar Dalam Pengajian Islam Di Indonesia?

Daulah Educonsult menawarkan bidang pengajian Pengurusan Perniagaan Antarabangsa selama 4 tahun pengajian. Semua lepasan setaraf layak untuk memohon bidang ini. Bidang ini tidak terikat seperti bidang pengajian yang lain, iaitu walaupun bukan dari aliran sains, masih boleh mohon untuk kemasukan.

Berikut adalah syarat kelayakan am bagi kemasukan ke universiti di Poland.

  • Lepasan SPM/IGGCSE/O-Level dan setaraf: Memperoleh Gred B bagi setiap subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik @ Matematik Tambahan
  • Lepasan Diploma/Asasi/Matrikulasi/ STPM/A-Level dan setaraf: Memperoleh minima CGPA 3.00 dan ke atas

Sekiranya anda berminat untuk membuat kemasukan ke mana-mana pilihan universiti yang berikut, anda perlu membuat semakan kelayakan anda terlebih dahulu. Ianya boleh dibuat menerusi agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult. Sekiranya keputusan anda melepasi syarat kelayakan, anda sudah boleh membuat pendaftaran dan menempah seat anda.

Berikut adalah platform di mana anda boleh menghubungi pihak Dulah Educonsult. Jangan lepaskan peluang, Daulah Educonsult sedia membantu anda untuk kemasukan ke universiti pilihan.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here