Wakil Rakyat perlu menggunakan tempoh moratorium sepenuhnya bagi mengumpul dana awam untuk membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19. Mereka perlu membentuk tabungan berpusat di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sepanjang tempoh pelaksanaan moratorium.
Perkara itu perlu menjadi keutamaan bagi setiap ahli politik untuk menjaga kebajikan rakyat waktu kini seperti yang dikatakan oleh Noor Nirwandy Mat Noordin, seorang Penganalisis Keselamatan dan Politik.
Tabungan berpusat dan tabungan awam yang dijalankan sepanjang tempoh moratorium perlu diselaraskan di bawah kawal selia jawatankuasa Parlimen dan DUN yang melibatkan wakil rakyat, badan kebajikan atau individu setempat.
Tabungan berpusat tersebut digunakan untuk menyediakan food bank secara atas talian atau fizikal. Jika dilakukan secara fizikal, ia akan bekerjasama dengan syarikat e-hailing tempatan.
Begitu juga dengan pengagihan serta penghantaran makanan kepada keluarga yang memerlukan. Wakil rakyat boleh mendapatkan bekalan dari peniaga makanan tempatan untuk memberi kepada golongan yang memerlukan. Di samping membantu rakyat, wakil rakyat juga dapat meningkatkan jualan para peniaga dengan mendapatkan bekalan dari mereka.
Sumber: Astro Awani
Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKP berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.
Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.
<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>