Untuk pengetahuan, kesihatan mental amat penting untuk dijaga lagi-lagi pada musim pandemik ini. Seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental perlu diambil berat juga. Penjagaannya adalah untuk kegunaan jangka masa panjang dan untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang.

Antara tip untuk menjaga kesihatan mental semasa pandemik adalah:

  1. Sentiasa berfikiran positif

Ini adalah masa untuk anda melatih diri supaya sentiasa berfikiran positif. Elakkan daripada membaca atau mendengar perkara-perkara yang memberikan kesan negatif kepada emosi anda. Walaupun ia perkara yang mencabar, namun tidak mustahil untuk anda sentiasa percaya diri bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk sentiasa berfikiran positif.

  1. Amalkan pemakanan seimbang

Tempoh PKP ini bukan bererti kita boleh lakukan semua perkara sesuka hati termasuk bab makanan. Dengan mengikut kaedah pemakanan yang betul, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan malah memberi kesan yang baik kepada kesihatan mental seperti pengambilan omega-3.

  1. Dapatkan tidur yang berkualiti
BACA JUGA :   Kluster Benteng Dikesan Di Lahad Datu

Seperti makan, tidur juga amat penting untuk menjaga kesihatan mental. Tidur yang berkualiti adalah sekurang-kurangnya enam ke lapan jam sehari. Tempoh pandemik ini sebenarnya anda untuk membetulkan balik kitaran tidur anda. Tidur yang cukup mebantu meningkatkan kesihatan mental anda.

  1. Melakukan senaman ringan

Walaupun PKP sedang dijalankan, itu tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda boleh melakukan dan memilihlah jenis senaman yang sesuai dan boleh dilakukan di rumah. Apa yang paling penting adalah anda seronok untuk melakukan senaman tersebut.

  1. Mengeratkan hubungan kekeluargaan

Jika sebelum ini anda sibuk dengan pelbagai tugasan harian seperti bekerja, kini rebutlah peluang dalam tempoh PKP ini untuk bertanya khabar keluarga serta rakan anda walaupun tidak dapat berjumpa secara bersemuka. Namun, teknologi hari ini seperti telefon, WhatsApp serta panggilan video boleh digunakan bagi tujuan itu. Komunikasi sangat penting selain anda dapat meluahkan perasaan kepada mereka.

BACA JUGA :   PKP Tidak Akan Dilanjutkan Selepas 4 Minggu.

Jika anda mahu melanjutkan pengajian ke luar negara di peringkat Ijazah Sarjana Muda, anda boleh melakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Pendaftaran kemasukan adalah bagi tahun 2021/2022 dan kuota kemasukan ke universiti adalah terhad.

Anda perlu bertindak segera sebelum kuota kemasukan penuh. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi melalui talian khidmat pelanggan yang tertera.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here