Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak syarikat dan organisasi telah beralih kepada penggunaan digital. Begitu juga dengan sesi temuduga secara atas talian yang digunakan untuk mengambil pekerja atau menambah tenaga kerja di syarikat atau organisasi mereka.
Tentu ada di antara pembaca yang tertanya-tanya apakah persediaan yang perlu dilakukan jika dipanggil unuk menghadiri temuduga secara atas talian ini memandangkan ianya berbeza dengan temuduga secara bersemuka.
Oleh itu, baca entri ini sehingga habis untuk memperoleh pengetahuan tentang tips hadir temuduga secara atas talian. Semoga bermanfaat buat pembaca.
Perkara yang perlu pembaca lakukan sekiranya dipanggil temuduga secara atas talian.
1.Menggunakan peranti yang sesuai dan berkualiti semasa temuduga dijalankan
Penggunaa peranti seperti telefon pintar, tablet, komputer dan komputer riba perlulah dilengkapi dengan kemudahan kamera. Ini memberi manfaat kepada anda dan panel temu duga untuk melihat penampilan dan personaliti anda dengan jelas walaupun temuduga dilakukan secara atas talian. Anda juga akan rasa lebih yakin dan tidak berwaspada memandangkan anda dapat melihat sendiri bakal majikan anda dan begitu juga sebaliknya.
2.Jaringan Internet yang baik
Untuk memastikan jaringan Internet anda dalam keadaan baik, anda digalakkan untuk berlatih bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Ini membantu untuk mengenalpasti kualiti audio dan visual anda tanpa sebarang gangguan. Ia juga dapat melancarkan proses temuduga yang dijalankan.

3.Pilih lokasi yang sesuai untuk pelaksanaan sesi temuduga
Pemilihan lokasi sangat penting semasa sesi temuduga. Anda perlu mencari lokasi yang jauh daripada gangguan bunyi, lapang dan kawasan yang cukup dengan pendedahan cahaya. Ini dapat membatu anda menjalankan sesi temuduga dengan tenang dlancar tanpa sebarang gangguan bunyi.
4.Menepati Masa
Anda perlu bersedia lebih awal sekiranya anda perlu menghadiri temuduga secara atas talian. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah dan kelewatan yang boleh menyukarkan kedua belah pihak iaitu pihak anda dan panel temuduga anda. Oleh itu, pastikan anda bersedia 5 minit lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan untuk hadir temuduga.
5.Mata memandang tepat pada kamera apabila berkomunikasi dengan panel temu duga
Anda perlu beri tumpuan sepenuhnya semasa sesi temuduga dijalankan. Ini kerana gerak geri anda sentiasa diperhati dan dinilai oleh panel temuduga anda.
6.Etika berpakaian
Anda perlu berpakaian lengkap seperti temuduga sebenar. Pastikan anda memilih rona warna tidak melebihi tiga (3) warna termasuk baju, tudung, blazer, tali leher, seluar, stoking atau kasut.
- Bagi calon lelaki, elakkan memakai baju kemeja berwarna gelap dan bercorak.
- Bagi calon perempuan pula, elakkan memakai baju bercorak bunga besar dan perhiasan yang berlebihan.
Pastikan anda manfaatkan tips ini sepenuhnya! Inilah temuduga yang anda nanti-natikan untuk mendapat ruang dan peluang bagi membina kerjaya anda. Jangan sia-siakan peluang ini. Semoga bermanfaat.

Daulah Educonsult sedia membantu anda dalam mencapai impian anda untuk menyambung pengajian ke luar negara. Daulah Educonsult memberikan khidmat konsultasi pendidikan secara percuma kepada pelajar yang mendaftar bersamanya.
Antara negara yang ditawarkan untuk menyambung pengajian adalah Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Maka, pelajar boleh memilih mana-mana universiti dan bidang pengajian yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult mengikut kelayakan yang sesuai.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus dengan pihak konsultan Daulah Educonsult menerusi mana-mana pautan di bawah.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)