Masyarakat kini sering mengeluh bahawa mereka sentiasa menghadapi kekangan masa untuk melakukan sesuatu perkara. Adakah memang tidak cukup masa atau masyarakat yang mempunyai masalah pengurusan masa? Oleh itu, admin mahu berkongsi tips yang berkesan untuk mengurus masa dengan lebih efektif kepada anda.

1.Tetapkan masa untuk setiap tugasan

Anda perlu menetapkan masa untuk setiap tugasan yang anda lakukan. Ini membantu anda untuk tidak melengah-lengahkan masa dalam melakukan sesuatu tugasan. Dengan penetapan masa juga, anda akan rasa lebih bertanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan tersebut tepat pada masanya atau lebih awal dalam menyelesaikan tugasan tersebut.

  1. Membuat perancangan

Anda perlu ada perancangan untuk melakukan tugasan harian anda. Sekiranya tiada rancangan yang dibuat, berkemungkinan anda akan membuat perkara yang remeh berbanding perkara mustahak yang perlu diberi perhatian. Perancangan dalam melakukan sesuatu tugasan adalah penting untuk mengelakkan diri daripada terleka dan melakukan perkara yang kurang berfaedah.

Klik pada rajah untuk ke laman Facebook rasmi Daulah Educonsult
  1. Buang sikap membuat kerja separuh jalan

Sikap buat kerja separuh jalan sangat popular dalam kalangan masyarakat. Jika anda mempunyai sikap seperti ini, anda harus mengubahnya, Ini kerana sikap buat kerja separuh jalan akan mengambil masa yang panjang untuk anda menyelesaikan sesuatu tugasan atau kerja. Oleh itu, anda perlu buang atau elak sikap buat kerja separuh jalan ini.

  1. Memberi keutamaan pada tugasan yang perlu disiapkan

Anda perlu tahu keutamaan untuk melakukan tugasan. Sekiranya tugasan yang diberi perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat, anda perlu memberi fokus terhadap tugasan tersebut. Dengan itu, anda tidak akan terburu-buru dalam menyiapkan tugasan tersebut. Ini akan membantu anda untuk menyiapkan tugasan dengan lebih tenang dan berhemah.

5.Membuat jadual tugasan (To-Do-List)

To-do-list adalah penting bagi anda yang mempunyai masalah pengurusan masa. To-do-list ini membantu anda untuk menyelesaikan tugas atau perkara penting seperti yang anda telah senaraikan. Anda perlu mengikuti senarai to-do-list anda supaya anda tidak terlepas atau ketinggalan daripada melakukan perkara yang telah anda senaraikan.

Pengurusan masa amatlah penting dan memerlukan anda untuk sentiasa fokus terhadap tugasan atau perkara yang anda lakukan. Dengan itu, waktu anda akan lebih fleksible dan tiada masa yang terbuang kerana perbuatan yang sia-sia.

Daulah Educonsult merupakan agensi konsultasi pendidikan yang membantu pelajar untuk sambung belajar luar negara peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Antara negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar adalah Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Manakala bidang pengajian yang ditawarkan adalah Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Kejuruteraan Pesawat, Kejuruteraan Lain-lain dan Perniagaan Antarabangsa.

Sekiranya anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara bersama Daulah Educonsult, anda boleh dapatkan maklumat di platform media sosial yang diberikan di bawah. Anda juga boleh berhubung terus dengan konsultan Daulah Educonsult untuk memudahkan urusan.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here