Golongan wanita mahupun golongan lelaki, penjagaan wajah kini sudah menjadi salah satu rutin wajib bagi setiap individu masa kini. Penjagaan kulit muka terbaik adalah anda perlu tahu jenis kulit muka anda. Secara umumnya terdapat lima jenis kulit muka iaitu:
-
Kulit muka normal
-
Kulit muka kering
-
Kulit muka berminyak
-
Kulit muka sensitif
-
Kulit muka kombinasi
Oleh itu, pembaca Deenamik dan anda di luar sana perlu mengetahui jenis kulit muka anda sebelum menggunak produk lain di atas kulit muka. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya radang kulit ataupun kulit menjadi rosak seperti jerawat, jeragat, ruam dan sebagainya.
Berikut adalah lima tips asas untuk penjagaan kulit supaya tampak lebih sihat dan bermaya.
- Pencuci Muka
Pencuci muka adalah asas utama dalam penjagaan kulit. Ia berfungsi untuk membersihkan segala kotoran yang ada di permukaan kulit muka. Pencuci muka ini membantu untuk mencuci sisa-sisa makeup dan mengelakkan liang pori muka daripada tersumbat.
- Toner
Toner merupakan produk untuk merawat kulit dengan mengekalkan nilai ph pada kulit muka. Toner terbahagi kepada dua iaitu hydrating toner dan exfoliating toner.
-
Hydrating toner berfungsi untuk melembapkan kulit muka. Produk ini ini membantu kulit muka untuk menyerap bahan-bahan dalam skincare dengan lebih baik.
-
Exfoliating toner berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati yang ada pada wajah.
3. Skrub Muka
Skrub muka sebenarnya membantu menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan kulit Nampak lebih kusam dan gelap. Ia juga boleh membantu mengelakkan liang pori daripada tersumbat. Ini dapat membantu penyerapan skincare yang lebih baik dan berkesan ke atas wajah.
Berikut adalah kelebihan skrub muka:
-
Buang kulit mati
-
Memudarkan parut
-
Melicinkan kulit
-
Mengelakkan pori-pori tersumbat
-
Memudahkan penyerapan produk wajah
- Pelembap Muka
Pelembap wajah memainkan peranan untuk menghidrat dan mengembalikan kelembapan kulit wajah. Anda yang mempunyai masalah kulit kering sangat memerlukan pelembap wajah ini. Pelembap muka yang elok adalah pelembap yang tiada bahan pewangi, pewarna atau bahan pengawet dan bahan lain yang boleh menyebabkan radang kulit.
5. Sunscreen
Fungsi utama sunscreen adalah untuk melindungi kulit muka daripada sinaran Ultra Violet (UV). Jika anda tidak menggunakan sunscreen, anda berisiko untuk mendapat masalah kulit seperti penuaan dan kedutan pada wajah.
Penjagaan kulit wajah ini sangat penting untuk semua bagi mengekalkan kulit wajah yang sihat dan tampak lebih bermaya. Oleh itu, anda digalakkan untuk menjaga kulit wajah anda bermula dengan lima asas penting seperti yang dinyatakan.
Hubungi konsultan Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kemasukan ke universiti luar negara. Anda juga boleh mengikuti laman rasmi Daulah Educonsult seperti yang tertera.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)