Anda berminat untuk menyambung pengajian ke salah sebuah negara timur tengah seperti Mesir? Ayuh lakukan permohonan sekarang sebelum permohonan ditutup. Sebelum ia ditutup, lebih baik jika anda lakukan permohonan sekarang.
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk lakukan permohonan, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan salah satu agensi konsultasi pendidikan yang menawarkan peluang kepada pelajar untuk sambung pengajian di luar negara.
Daulah Educonsult juga menawarkan pelbagai jenis peluang sambung belajar di luar negara dalam pelbagai bidang. Salah satunya adalah Pergigian, Farmasi, Ulum Islamiah dan Pengajian Islam yang dibuka kepada pelajar lepasan SPM dan STAM.
Jika anda berminat untuk melanjurkan pengajian di bumi Mesir ini, anda boleh mendaftar permohonan untuk ke sana menerusi Daulah Educonsult. Antara syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon kemasukan ke Mesir bagi lepasan SPM adalah seperti yang berikut.
Syarat bagi sambung pengajian bagi aliran Sains Kesihatan iaitu Pergigian dan Farmasi adalah memperoleh sekurang-kurangnya 8 subjek dengan gred B seperti:
1.Bahasa Melayu
2.Bahasa Inggeris
3.Sejarah
4.Matematik
5.Matematik Tambahan
6.Fizik
7.Kimia
8.Biologi
Selain itu, jika pelajar mahu sambung pengajian dalam bidang Ulum Islamiah, pelajar memerlukan sekurang-kurangnya peroleh 6 subjek dengan gred B bagi kesemua subjek yang berikut:
1.Bahasa Arab
2.Pengajian Al Quran & Sunnah
3.Pendidikan Syariah Islamiah
4.Bahasa Melayu
5.Bahasa Inggeris
6.Matematik
Namun, bagi lepasan STAM, pelajar memerlukan sekurang-kurangnya pangkat JAYYID untuk memohon kemasukan ke Mesir. Adapun begitu, bidang pengajian yang akan dipelajari oleh pelajar adalah Pengajian Islam yang terdiri daripada pelbagai kos pengajian.
Dalam pada itu, jika anda merasakan keputusan anda tidak melepasi syarat kelayakan ke Mesir, Daulah Educonsult sedia membantu anda. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)