Wanita merupakan insan yang dicipta dengan perasaan sensitif dan lebih menggunakan hati dalam membuat keputusan. Wanita bukan sahaja dikenali dengan sifat manja namun sifat independen yang membuktikan bahawa wanita tidak selalunya bergantung kepada orang. Mereka boleh melakukannya secara sendiri.

1.Mengenali diri sendiri terlebih dahulu
Untuk menjadi wanita independen, anda perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan diri anda dahulu. Anda juga perlu tahu batas kemampuan diri anda dan tetap berasa bangga dengan diri sendiri. Setelah anda betul-betul sudah mengenali diri sendiri, menerima baik dan buruk diri sendiri, itu yang dinamakan independen. Anda tidak perlu mengharapkan orang lain untuk melengkapkan kekurangan anda sebaliknya anda berusaha untuk mengatasi masalah itu sendiri.

2.Mampu untuk menguruskan diri sendiri
Anda pasti boleh menguruskan diri sendiri termasuk membayar utility, memaska, melakukan kerja rumah, membuat keputusan dan juga menyelesaikan pelbagai masalah yang datang. Anda juga perlu melakukan dan menguruskan hal anda sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

3.Mengejar dan mencapai cita-cita
Wanita independen perlu ada matlamat hidup. Anda perlu menetapkan matlamat hidup anda dan capai cita-cita anda. Anda tidak perlu takut dengan persepsi dan stigma masyarakat terhadapa golongan yang independen. Anda perlu yakin dan capai cita-cita anda.

4.Memiliki prinsip dan nilai hidup
Menjadi wanita independen perlu ade prinsip hidup, baik dalam memilih teman, tegas dalam membuat keputusan dan berani untuk kata tidak untuk perkara yang anda tak mahu.

5.Tahu waktu untuk meminta bantuan
Tidak semua wanita independen itu tidak memerlukan bantuan orang lain. Tetapi wanita ini tahu bila mereka hendak meminta bantuan. Selagi anda boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan, anda perlu lakukannya sendiri. Hidup ini tidak perlu selalu berharap kepada dan bergantung kepada orang lain.

Jadilah wanita independen. Tidak rugi jika anda belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri. Semoga anda dan wanita-wanita di luar sana sentiasa kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan sebagai wanita independen.

Keliru dengan keputusan yang anda perolehi? Tak tahu nak sambung belajar di mana? Jangan bimbang, Daulah Educonsult sedia membantu anda. Anda boleh dapatkan konsultasi pendidikan percuma menerusi Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi platform di bawah ini.

Website : http://daulahmedic.com/   

Facebook : Daulah Educonsult   

Youtube : Daulah Educonsult  

Email : daulahmedic@gmail.com  

Nombor pejabat : 03-92851322 

Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  

Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here