Ramai tidak sedar bahawa petanda beban kerja berlebihan itu membawa banyak keburukan bukan sahaja kepada diri sendiri malah ahli keluarga. Maka, amat penting bagi anda mengenalpasti bahawa tahapa kerja yang anda lakukan itu normal atau tidak.

Jika anda mengalami atau berdepan dengan petanda di bawah, ini bermakna anda menghadapi tekanan dan kerja yang berlebihan.

1.Sukar duduk diam
Percaya atau tidak, jika anda berdepan ‘burnout’, badan anda mengalami keadaan di mana tidak boleh duduk diam. Ini terutamanya buat anda yang kerja dalam keadaan tekanan tinggi. Apabila bekerja terlalu lama, diri anda seakan tidak boleh mem bezakan antara waktu rehat dan waktu kerja.
2.Tidak mempunyai masa untuk diri dan keluarga
Akibat terlalu sibuk dengan kerja, anda tiada masa untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan. Malah segala hobi dan minat yang anda lakukan dahulu ditinggalkan begitu sahaja akibat tiada masa.
Klik pada rajah untuk terus ke laman sesawang rasni Daulah Educonsult
3.Mudah lupa sesuatu perkara
Setiap individu mempunyai had dan waktu bekerja sendiri dalam sehari. Apabila tekanan kerja terlalu banyak, ia mampu untuk membuatkan anda mudah lupa. Ini kerana anda sering memikirkan pekerjaan anda sehingga lupa apa yang sebenarnya diri anda mahukan.
4.Waktu makan tidak teratur
Beban kerja yang terlalu banyak memberikan menyebabkan anda tidak menjaga waktu makan. Kadangkala anda hanya makan sekali sehari. Ini kerana anda merasakan makan itu hanya satu perkara yang perlu untuk kekal bertenaga tetapi sebenarnya anda tidak merasa nikmat makanan tersebut.
5.Mudah sakit kepala
Setiap orang mempunyai tahap keupayaan dan ketahanan badan yang berbeza. Jika anda melakukan pekerjaan di luar tahap kemampuan anda, ia akan memberi kesan kepada tubuh anda terutama sekali bahagian kepala. Kepala anda akan mudah merasa sakit akibat hipertensi ataupun tekanan yang berlebihan.

Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, anda perlu mengambil masa untuk berehat daripada pekerjaan anda. Anda boleh meluangkan masa bersama keluarga atau bagi yang belum berkeluarga, anda boleh memanjakan diri anda dengan membeli belah atau beriadah ringan. Anda juga boleh berjumpa dengan pakar yang boleh membantu anda untuk mengurus tahap tekanan anda.

Untuk maklumat permohonan kemasukan ke universiti luar negara, anda boleh mengikuti mana-mana platform media sosial Daulah Educonsult. Anda juga boleh terus menghubungi Daulah Educonsult di talian berikut.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here