Universitas Sumatera Utara, Indonesia kini sudah membuka kemasukan pelajar bagi tahun 2022. Anda yang berminat untuk melanjut pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di peringkat Ijazah Sarjana Muda boleh membuat permohonan kemasukan menerusi Daulah Educonsult.

Peluang ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O&A Level, STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi dan lain-lain yang setaraf.

 

Universiti Sumatera Utara yang lebih dikenali sebagai USU ini bermula dengan tertubuhnya Yayasan Universitas Sumatera Utara pada tahun 1952 di Medan, Indonesia. Penubuhan yayasan ini dipelopori oleh Gabenor Sumatera Utara bagi memenuhi keinginan masyarakat sekitar kawasan Sumatera dan Indonesia. Kini, USU merupakan universiti awam yang terkenal di Indonesia.

Bermula dengan penubuhan Fakulti Perubatan, ia berkembang dengan pembinaan Fakulti Undang-Undang dan Pengetahuan Awam, Fakulti Latihan dan Pendidikan Guru dan Fakulti Pertanian. Kemudian, beberapa fakulti lagi ditubuhkan seperti Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Ekonomi dan diikuti dengan Fakulti Perubatan Veterinar dan Penternakan. Seterusnya ia berkembang dengan lebih lagi beberapa buah fakulti dibangunkan.

Walaupun USU mempunyai banyak fakulti, Daulah Educonsult hanya menawarkan bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi kepada pelajar yang ingin membuat kemasukan ke universiti ini.

BACA JUGA :   Terbang Jauh Untuk Belajar ke Negara Bersuhu Sejuk bersama Daulah Educonsult
Berikut adalah tempoh pengajian bidang yang ditawarkan:
  • Perubatan โ€“ 5 ยฝ tahun
  • Pergigian โ€“ 5 ยฝ tahun
  • Farmasi – 4 tahun

 

Jika anda berminat untuk melakukan permohonan kemasukan ke USU bagi tahun 2022, anda boleh lakukannya bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult sedia membantu anda dari awal sehingga akhir kemasukan ke universiti tersebut. Dengan adanya bimbingan daripada agensi Daulah, pengurusan anda akan menjadi lebih mudah.

Berikut adalah syarat kelayakan am yang perlu anda beri perhatian untuk memasuki ke USU dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi:

  • Lepasan SPM, IGCSE, O-Level dan setaraf: Memperoleh minimum Gred B bagi subjek sains seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan @ Matematik.
  • Lepasan Diploma, Asasi, STPM, Matrikulasi dan setaraf: Memperoleh minimum CGPA 3.00 dan ke atas.

Sekiranya keputusan anda tidak menepati dengan syarat kelayakan yang telah dinyatakan, anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult untuk sesi konsultasi. Sesi konsultasi yang dilakukan adalah secara percuma sahaja.

BACA JUGA :   Cantikkan Kuali Lama Seperti Baru Beli

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh hubungi konsultan Daulah Educonsult atau anda boleh layari mana-mana platform media sosial Daulah Educonsult.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.comย ย 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322โ€ฏ(Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here