Hari ini, kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih daripada fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada Fasa Kedua. Maka, pergerakan antara Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya dibuat mulai 10 September.

Perkara tersebut selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu Lepas.

Berikut adalah senarai kelonggaran yang diberikan kepada negeri yang beralih ke Fasa 2:
  • Kebenaran merentas daerah bagi Individu
  • Kebenaran merentas negeri untuk pasangan suami isteri jarak jauh
  • Kebenaran merentas negeri untuk ibu bapa berjumpa anak di bawah 18 tahun
  • Aktiviti dine-in.

Bagi aktiviti-aktiviti pelancongan pula, hanya dibenarkan dalam negeri yang sama sahaja untuk penginapan di hotel dan homestay.

Namun begitu, kelonggaran ini hanyalah untuk mereka yang sudah lengkap mendapatkan dua dos suntikan Covid-19.

BACA JUGA :   PM Gariskan Pelan Pemulihan Negara, 3 Indikator Utama Jadi Panduan

Dalam pada itu, beberapa kelonggaran tambahan juga diberikan kepada negeri yang berada di Fasa 2 dan Fasa 3 iaitu perniagaan di kedai gunting, dandanan rambut, dan salon kecantikan.

Kini, negeri Kedah dan Johor sahaja yang masih berada di bawah Fasa Pertama PPN.

Sumber: Astro Awani

 

Jangan lepaskan peluang ini kerana Rusia antara negara yang menawarkan bidang pengajian perubatan terbaik dari dahulu lagi sehingga kini. Jika anda berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti pilihan di Rusia ini, anda boleh dapatkan maklumat menerusi Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi pautan dan talian khidmat pelanggan berikut:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

BACA JUGA :   PM Gariskan Pelan Pemulihan Negara, 3 Indikator Utama Jadi Panduan

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here