Kini, banyak produk kecantikan mudah didapati di pasaran. Bukan sahaja produk-produk antarabangsa malah kemunculan produk-produk tempatan juga kini semakin berkembang. Namun, bolehkah produk-produk tersebut beri kesan yang baik terhadap kulit wajah anda?
5 petua mudah yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat dengan hanya menggunakan bahan-bahan tradisional dan organik!!!
1.Lemon
Anda perlu mencampurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Kemudian, sapu rata ke atas permukaan kulit wajah anda dan gosokkanya dengan gerakan membulat. Tinggalkan bahantersebut di atas kulit anda selama 10 minit dan bilas menggunakan air suam. Untuk mendapatkan kulit yang cantikdan berseri, anda perlu ulang petua ini seminggu sekali.
2.Madu
Anda boleh sapu madu asli ke atas seluruh bahagian permukaan kulit wajah anda. Kemudian, biarkan ia mongering dengan sendiri dan bilas dengan air suam. Ini kerana madu memberikan kelembapan pada kulit anda supaya kekal lembut dan gebu. Anda boleh lakukan petua ini sehari sekali untuk kecantikan semulajadi pada wajah anda.
3.Kunyit
Anda boleh menggaulkan satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk dan jadikan ia pes. Setelah menjadi pes, oleskannya ke atas kulit wajah dan leher dan biarkan ia mongering sepenuhnya. Kemudian, cuci dengan air suam. Petua ini anda boleh ulang dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan parut dan jeragat di kulit wajah anda.
4.Timun
Anda perlu memotong timun yang masih segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Setelah itu, biarkan timun tersebut semalaman di wajah anda dan keesokan pagi barulah anda cuci wajah anda dengan air suam. Anda boleh lakukannya setiap hari sebelum tidur untuk mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit anda.
5.Serbuk Penaik
Ambil dua sudu teh serbuk penaik dan gaul rata dengan air suam atau air perahan lemon. Kemudian, sapukan bahan tersebut secara menyeluruh pada kulit. Setelah beberapa minit, bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan wajah anda dengan tuala yang lembut. Amalkan petua ini dua atau tiga kali seminggu untuk kulit wajah yang lebih licin.
Ayuh tempah seat sebelum terlambat bagi kemasukan ke universiti sekitar Indonesia bagi sesi 2022. Anda boleh lakukannya menerusi agensi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan agensi yang membimbing dan mengurus kemasukan pelajar ke universiti luar negara.
Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)