Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi tumpuan dalam usaha menyokong sektor perniagaan, memulihkan keyakinan pelancong luar dan domestik serta meningkatkan komunikasi dan koordinasi berkesan. Perkara tersebut dianggap sebagai satu penetapan kepada prestasi 100 hari kementerian itu.

Datuk Seri Nancy Shukri mengatakan perniagaan dalam sektor pelancongan, seni dan budaya perlu dibaikpulih segera dengan menggunakan pendekatan baharu selepas menerima implikasi besar akibat pandemik Covid-19.

Klik pada gambar untuk ke laman rasmi Daulah Educonsult

Datuk Seri Nancy turut memaklumkan dalam tempoh pandemik ini, MOTAC tidak mampu untuk mengembalikan sektor ini seperti sedia kala sebelum Covid-19 dalam waktu yang singkat. Namun, perkara ini telah dibincangkan termasuk kerugian yang dialami dalam sektor pelancongan, seni dan budaya sepanjang tempoh 17 bulan lepas.

Berikutan itu, beliau memberitahu bahawa pihaknya telah mewujudkan emel ideasfornancy@gmail.com sebagai satu platform untuk tenaga kerja dalam indusri mengusulkan cadangan dan maklum balas. Ini memudahkan pihak kementerian ini untuk memberi bantuan kepada mereka.

Datuk Seri Nancy bersama-sama dengan 29 menteri dan 37 timbalan menteri telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada isnin lepas.

Sumber: Astro Awani
Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian di Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir, anda boleh lakukan permohonan kemasukan bersama Daulah Educonsult. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here