Umum mengetahui Vitamin C ini banyak kelebihannya terutama dalam meningkatkan kesihatan tubuh badan. Vitamin C ini juga adalah sejenis vitamin yang diperlukan untuk menguatkan sistem pertahanan badan. Oleh itu, admin akan berkongsi manfaat pengambilan Vitamin C yang belum anda ketahui selain daripada yang dinyakan tersebut.
1.Meningkatkan Sistem Imun
Vitamin C merupakan sejenis anti-oksida yang boleh meningkatkan sistem imun. Pengambilan vitamin C ini boleh meningkatkan anti-oksida dalam badan sebayak 30%. Ini dapat membantu badan untuk melawan penyakit secara semula jadi. Vitamin C ini boleh melindungi sel daripada radikal bebas.
2.Menyegarkan dan Menyerikan Wajah
Pengambilan Vitamin C ini memberikan kesan pencerahan kepada kulit. Ia akan membuatkan kulit lebih cerah dan berseri. Ini kerana dalam Vitamin C itu sendiri sudah ada kolagen yang membantu kesihatan kulit serta menjadikan kulit wajah kelihatan lebih segar dan berseri.
3.Menghasilkan pembentukan kolagen yang lebih banyak
Kolagen adalah sumber protein yang memberikan struktur bukan sahaja pada wajah, malah kulit juga. Dengan pengambilan Vitamin C, kulit akan menjadi lebih sihat dan gebu kerana kolagen yang terhasil itu boleh menjadikan kulit lebih awet muda dan kurang kedutan.
4.Membantu Kekurangan Vitamin C Dalam Badan
Tubuh badan sangat memerlukan Vitamin C. Namun, tubuh manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Ini bermakna, Vitamin C ini boleh didapatkan melalui sumber makanan.
Sumber makanan tersebut yang menjadi tambahan kepada Vitamin C adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.
-Buah-buahan: Jambu batu, buah oren, kiwi, strawberi dan lain-lain.
-Sayur-sayuran: Brokoli, tomato, sayuran hijau dan lain-lain.
5.Membantu Penyerapan Zat Besi
Vitamin C sebenarnya membantu penyerapan zat besi yang diperlukan dalam badan. Fungsi zat besi ini adalah untuk pembentukan hemoglobin. Dengan hemoglobin, tubuh dapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Zat besi ini boleh diperoleh daripada pengambilan makanan, namun tidak semua makanan mampu memberikan zat besi yang diperlukan badan. Dengan itu, pengambilan Vitamin C ini membantu peyerapan zat besi yang lebih berkesan.
Dapatkan vitamin C anda secukupnya untuk kesihatan kulit wajah dan tubuh badan!
Sebarang pertanyaan mengenai lanjut pelajaran ke universiti-universiti di luar negara, anda boleh berhubung dengan Daulah Educonsult menerusi mana-mana pautan di bawah:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)