Universiti di Bangladesh menjadi pilihan ramai pelajar jika ingin menyambung pengajian dalam bidang Sains Kesihatan seperti Perubatan, Pergigian dan Veterinar. Jika anda berminat, anda boleh melakukan pendaftaran awal bagi mendapatkan seat kerana kuota kemasukan adalah terhad.

Kemasukan ke universiti di Bangladesh adalah pada bulan Januari setiap tahun. Permohonan kemasukan terdekat adalah pada tahun 2022. Namun, permohonan dan pendaftaran sudah boleh dibuat bermula sekarang menerusi agensi Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang mengurus dan membimbing pelajar untuk menyambung pengajian ke universiti luar negara. Pelajar yang berminat boleh melampirkan slip keputusan terkini pelajar dan dapatkan konsultasi pendidikan secara percuma menerusi Daulah Educonsult. Pihak konsultan Daulah Educonsult sedia membantu anda.

Berikut adalah senarai universiti terbaik di Bangladesh yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar.

  1. Mymensingh Medical College (Perubatan)Mymensingh Medical College adalah kolej perubatan kerajaan. Ia dimulakan pada tahun 1924 di Baghmara. Institusi ini terdiri daripada empat bangunan bertingkat yang dibina dengan bangunan hospital bersebelahan dengan bangunan kolej. Antara kemudahan kampus yang disediakan termasuklah bangunan kolej, bilik kuliah, asrama yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan, masjid, auditorium, bank, gimnasium, perpustakaan serta makmal komputer.
  1. Dhaka Medical College (Perubatan)
    Institusi ini merupakan universiti berprestij dengan kerjasama Rajashi University. Ia juga menjadi pilihan terbaik untuk anda untuk melanjut pengajian dalam bidang perubatan. Ia juga memperuntukkan latihan praktikal yang bersesuaian dengan tujuan mengejar kerjaya sebagai doktor terkemuka.
  2. Dhaka Dental College (Pergigian)
    Kolej pergigian Dhaka merupakan institusi pendidikan pergigian terbesar di Bangladesh. Ianya adalah sekolah pergigian pertama yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1961 dan merupakan satu-satunya kolej pergigian kerajaan di Bangladesh. Institut ini juga merupakan antara yang terbesar di Bangladesh dalam kategorinya. Ia sesuai untuk menjalankan penyelidikan kerana mempunyai lebih dari 25 000 buku dan 500 jurnal.
  1. Bangladesh Agriculture University (Veterinar)
    Universiti Pertanian Bangladesh ditubuhkan pada 18 Ogos 1961. Fakulti Sains Veterinar adalah salah satu daripada universiti tersebut dan yang lainnya adalah Fakulti Pertanian. Antara kemudahan utama universiti ini ialah mepunyai perpustakaan, gymnasium, Taman Botani, pengangukatan awam, bank dan rumah tetamu. Universiti ini juga merupakan antara yang terkemuka di negaranya dengan kaedah sistem kajian yang produktif.

Untuk makluman anda, Daulah Educonsult hanya menawarkan universiti yang telah mendapat pengiktirafan oleh WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, dan lain-lain agensi kerajaan. Di samping itu, permohonan kemasukan dibuka kepada pelajar lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level @ Asasi/ Diploma/ Matrikulasi/ STPM/ A-Level/ IB dan setaraf.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Ke Maahad Buuth Melalui Madrasah Daulah Tanpa Sijil.
Syarat kelakayan am untuk masuk ke universiti di Bangladesh adalah:
  • Bagi lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level atau setaraf, sekurang-kurangnya mendapat gred B bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik @ Matematik Tambahan
  • Bagi lepasan STPM/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma atau setaraf, mendapat minima CGPA 3.00 dan ke atas.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi pihak Daulah Educonsult di pautan yang tertera.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here