Anda sudah mendaftar sebagai Safer Driver dan Delivery Partner bersama Safer? Jika belum, ayuh mendaftar sekarang. Ini kerana anda berpeluang untuk menjana dua pendapatan bersama Safer. Pendapatan tersebut boleh diperoleh secara berterusan selagi anda bekerja bersama Safer dan setia menjadi pengguna Safer.
Safer kini membuka peluang kepada anda di luar sana yang sedang mencari pekerjaan sama ada secara tetap ataupun secara sampingan untuk bekerja bersamanya. Sekiranya anda bekerja bersama Safer, anda akan bekerja di bahagian perkhidmatan penghantaran seperti penghantaran penumpang, barangan dan juga makanan.
Jika anda menjadi Safer Driver dan Delivery Partner, anda akan melakukan perkerjaan penghantaran seperti yang dinyatakan di atas. Anda juga akan bekerja dalam waktu yang fleksibel di mana anda boleh lakukannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan kepada Safer Driver dan Delivery Partner untuk menjalankan kerja-kerja penghantaran.
- Safer Ride – Menawarkan perkhidmatan menghantar penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Memiliki pelbagai kategori mengikut jenis kenderaan yang digunakan oleh Safer Driver. Kategori kenderaan tersebut ialah SaferGo, SaferGo Xtra, Safer Gold dan Safer Indulge.
- Safer Swift – Menawarkan perkhidmatan menghantar penumpang menggunakan motosikal.
- Safer Food – Menawarkan khidmat pemesanan dan penghantaran makanan kepada pengguna. Ini kerana Safer Delivery Partner sudah pun menjadi rakan penghantar yang sah kepada rakan niaga Safer.
- Safer Delivery – Menawarkan khidmat penghantaran barangan tidak mengira saiz barangan. Pengguna akan memilih jenis kenderaan yang boleh memuatkan barangan mereka dan Safer Delivery Partner akan menghantarbarang tersebut mengikut kemahuan pengguna.
- Safer Concierge – Menawarkan perkhidmatan menghantar penumpang dan membantu dalam masa yang sama. Rakan pemandu akan menghulur bantuan yang diperlukan sepanjang tempoh penempahan perkhidmatan.
Daripada kerja-kerja penghantaran yang dilakukan oleh Safer Driver dan Delivery Partner, Safer menawarkan dua jenis pendapatan kepada anda yang boleh dijana secara atas talian. Pendapatan tersebut adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif.
-
Pendapatan aktif
Anda akan peroleh pendapatan ini semasa kerja-kerja penghantaran yang dilakukan. Sekiranya pengguna Safer membuat tempahan dan membayar perkhidmatan tersebut, maka anda akan peroleh pendapatan aktif. Pendapatan aktif ini diperoleh secara langsung.
-
Pendapatan pasif
Anda akan peroleh pendapatan sekiranya anda berkongsi referral code anda kepada orang ramai termasuk kenalan dan ahli keluarga. Apabila pendaftar baru mendaftar dengan menggunakan referral code tersebut dan menjalankan kerja penghantaran, atau menggunakan perkhidmatan di aplikasI Safer, anda akan memperoleh pulangan sebanyak 1% sebagai pendapatan pasif.
Untuk makluman, anda yang mendaftar sebagai Rider dan Delivery Partner Safer tidak akan dikenakan sebarang caj penolakan sepanjang melakukan kerja-kerja penghantaran. Maka, keuntungan adalah 100% milik anda. Ini kerana pihak Safer sedang menjalankan promosi ‘Sifar Komisen’ kepada sesiapa yang bekerja di bawah mereka.
Bukan itu shaja, anda juga akan bekerja dalam waktu yang fleksibel di mana anda boleh lakukan kerja-kerja penghantaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Pendaftaran untuk menjadi Safer Driver dan Delivery Partner adalah percuma sahaja. Apa yang diperlukan sewaktu pendaftaran adalah kad pengenalan, roadtax kenderaan, geran kenderaan, insurans dan akaun bank.
Anda juga boleh menjadi Safer Delivery Partner sekiranya anda melepasi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan berikut:
- Lelaki atau Perempuan
- Mempunyai kenderaan
- Memiliki lesen memandu yang sah
- Mempunyai telefon pintar dengan akses internet
- Anda perlu mempunyai RM30 di dalam wallet untuk penerimaan job
Lesen PSV dan EVP adalah perlu jika mendaftar sebagai rakan pemandu. Lesen PSV boleh didapati di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala lessen EVP akan diuruskan oleh pihak Safer.
Jika anda berminat untuk mendaftar Safer Driver dan Delivery Partner bersama Safer, anda boleh lakukannya menerusi aplikasi Safer di bawah.
>> https://tinyurl.com/y9tj7vv2 <<
Anda boleh memuat turun aplikasi Safer Driver di untuk menerima dan melakukan kerja-kerja pengahantaran:
APPSTORE:
https://apple.co/2ZvyNeX
PLAYSTORE:
https://bit.ly/2yp8ADH
Ikuti setiap platform media sosial Safer untuk mengetahui informasi dan promosi terkini yang ditawarkan oleh pihak Safer.
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup