Adakah anda bercita-cita untuk sambung pengajian di negara Rusia? Sekiranya anda seorang yang suka melancong dan menerokai negara orang, sudah pasti anda akan terokai tempat-tempat menarik yang ada di Rusia. Berikut adalah lima (5) tempat menarik di Rusia yang boleh anda lawati sekiranya anda menyambung pengajian di negara tersebut.

?) ??????

Moscow merupakan ibu kota bagi negara Rusia. Ia merupakan destinasi pelancong moden tetapi penuh dengan tarikan tradisional seperti bangunan bersejarah dan monumen terpeliahara. Anda boleh berkunjung ke beberapa tempat seperti RED SQUARE dan KREMLIN bersejarah. Selain itu, anda boleh menyaksikan patung yang berpengaruh iaitu patung Lening dan Stalin dari era Soviet Union.

?) ??. ??????????

St Petersburg adalah pusat kebudayaan bandar kedua terbesar di Rusia. Bandar yang penuh dengan keaslian seni dunia, budaya dan sejarah bertaraf dunia. Tempatnya juga telah menjadi salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Anda boleh bersiar-siar di Muzium Hermitage Palace Winter, melihat cruise di Neva River dan banyak lagi monumen bersejarah dan lawatan bot kanal serta pertunjukan ballet dan opera.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar Di Universiti Mansoura, Mesir
?) ?????????

Bandar Volgograd adalah sebuat tempat menarik yang menawarkan percutian yang mengagumkan. Bandar ini mempunyai sejarah Perang Dunia kedua iaitu tempat medan pertempuran setelah Soviet dicerobohi oleh Jerman suatu ketika dulu. Banyak monumen boleh anda lihat selain dari rumput hijau nan indah. Ia juga terletak di aliran sungai Volga. Tempat bersejarah yang amat tenang untuk dikunjungi.

?) ????????

Vladimir adalah sebuah bandar yang memiliki seni bina Rusia yang sangat cantik dna menarik. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi adalah Katedral Assumption di Dataran Sobornaya, Katedral Saint Demetrius, gereja purba St. Nicholas di Galea, Bolshaya Moskovskaya Street, Gereja Nikitskaya dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Universiti Zagazig Menawarkan Bidang Farmasi
?) ???? ????

Dinamakan ‘Tsar Belle’ yang berbentuk loceng retak sering menjadi tarikan pelancong di Rusia. Ia retak akibat kebakaran yang berlaku di Kremlin pada tahun 1737 yang lalu. Loceng ini banyak kali dialihkan namun tidak berjaya kerana berat dan saiznya ang besar.

Semoga perkongsian 5 tempat menarik di Rusia ini anda boleh jadikan info dan panduan untuk anda sambung belajar di Rusia.

Anda berminat untuk mendaftar kemasukan ke universiti terbaik Rusia dalam bidang yang diminati? Jom dapatkan maklumat dan daftar sekarang kerana kuota kemasukan adalah terhad.

Anda boleh hubungi konsultan Daulah Educonsult atau layari mana-mana platform media sosial Daulah Educonsult seperti di bawah.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here