MQ Research sebuah firma penyelidikan yakin untuk kerajaan mengambil kira faktor kesesuaian waktu bagi memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Firma ini tidak menafikan kenyataan bahawa sistem percukaian mampu meluaskan asas dan kutipan cukai negara.

Klik pada gambar untuk ke Facebook rasmi Daulah Educonsult

Dalam satu nota kajian, MQ Research menjelaskan terdapat beberapa tentangan daripada pemain industri terhadap pengenalan GST pada tahun 2022, namun mereka mencadangkan supaya perkara tersebut dilakukan apabila ekonomi mulai pulih pada tahun 2023 atau 2024 dengan kadar yang lebih rendah iaitu 3%.

Kementerian Kewangan berkata, satu kajian semula secara menyeluruh dibuat ke atas rangka kerja insentif cukai sedang dijalankan. Langkah ini adalah untuk memastikan insentif cukai yang ditawarkan kepada pelabur asing dan tempatan kekal bersesuaian dengan landskap semasa perniagaan.

Namun begitu, pada Selasa, Persatuan PKS Malaysia dilaporkan tidak menerima cadangan pelaksanaan semula GST hanya selepas ekonomi negara kembali stabil, bermula dengankadar 3%. Hal ini kerana mereka lihat ia bukan sahaja mengganggu perniagaan, malah meningkatkan kos sekaligus mempengaruhi pemulihan perniagaan jika perkara ini diteruskan pada tahun hadapan.

Berikutan itu, dari segi kesan sistem cukai ke atas syarikat, MQ Research yakin dan percaya ia akan meningkatkan 5% hingga 19% impak keuntungan ke atas My E.G Services Berhad menjelang tahun kewangan 2022 (FY22) hingga FY25 jika cukai dikecualikan dan sistem percukaian GST diperkenalkan semula pada hujung 2022.

MQ Research juga menjelaskan bahawa perkara ini bergantung kepada struktur dan ambang hasil barang niaga yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk dikenakan GST.

Sumber: Astro Awani

 

Daulah Educonsult membuka peluang sambung belajar luar negara bagi sesi 2021/2022. Jika anda berminat untuk sambung belajar ke luar negara, anda boleh mendaftar kemasukan menerusi Daulah Educonsult. Pihak Daulah juga menawarkan konsultasi pendidikan secara percuma kepada pelajar yang mendaftar bersamanya.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here