Anda stress ketika belajar? Macam-macam cara anda sudah lakukan tapi tidak berkesan? Team Daulah Educonsult sudah bersedia untuk kongsikan langkah untuk tangani stress ketika belajar.

Masalah menghadapi tekanan ketika belajar merupakan hal yang sering dialami oleh setiap orang terutama bagi mereka yang bergelar seorang pelajar. Oleh itu masalah tekanan semasa belajar ini perlu ditangani supaya anda boleh belajar dengan lebih tenang dan fokus.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelajar sekiranya anda merasakan tekanan ketika belajar:

1.Bijak Dalam Menguruskan Masa
Menguruskan masa adalah perkara penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ini kerana pelajar dapat memberi masa untuk setiap tugasan yang dilakukan. Namun, cara terbaik untuk menguruskan masa adalah dengan membuat jadual belajar dan susun subjek-subjek untuk memudahkan urusan pembelajaran anda seperti mengulangkaji pelajaran, melakukan tugasan yang diberi dan mempunyai waktu rehat yang cukup.
2.Tidur Yang Mencukupi

Tidur yang mencukupi juga sangat penting kerana dapat memberi tenaga pada diri dan membuatkan anda berasa segar dan lebih peka untuk lakukan sesuatu tugas. Jika anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, badan anda akan berasa lemah, letih, lesu dan tidak fokus untuk belajar. Waktu yang anda perlukan untuk mendapatkan tidur yang cukup adalah sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.

BACA JUGA :   Daftar Segera Ke Madrasah Daulah - Kuota Hampir Penuh!
3.Mendengar Muzik Kegemaran Anda

Jika anda merasakan otak anda sudah terbeban dengan apa yang dipelajari dan difahami, cubalah untuk mendengarkan alunan-alunan melodi atau muzik yang anda sukai. Ini kerana muzik juga adalah salah satu langkah yang berkesan untuk anda menangani stress dan dapat membuatkan fikiran anda menjadi lebih tenang. Anda perlu cuba untuk mendengarkan muzik sehingga anda sudah berasa tenang untuk sambung semula tugas anda.

4.Mempunyai Masa Rehat

Berehat sebentar dalam masa bekerja atau menyiapkan tugasan boleh mengurangkan tekanan yang melampau. Ini kerana rehat yang mencukupi boleh menjamin hasil kerja yang berkualiti. Anda boleh bercuti seketika pada hujung minggu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang anda gemari supaya dapat mengurangkan tekanan anda.

BACA JUGA :   Bidang Pengajian Social Work (Gerontologi) Di KSMU, Rusia
5.Bersenam

Anda perlu luangkan sedikit masa untuk lakukan aktiviti seperti bersenam, berjogging dan lain-lain kerana ini juga dapat memberi kecergasan dan kecerdasan minda supaya dapat berfikir dengan lebih baik.

Team Daulah Educonsult berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk mengawal stress dengan baik. Tambahan pula dengan situasi negara yang dilanda pandemik dan pelajar terpaksa menghadiri kelas secara atas talian.

Anda berminat untuk ketahui info lanjut dengan lebih terperinci? Hubungi pihak Daulah Educonsult sekarang di talian yang tertera di bawah.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here