Anda merupakan salah seorang pelajar lepasan SPM, IGCSE, O&A Level, STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi dan lain-lain yang setaraf? Berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di peringkat Ijazah Sarjana Muda?

Daulah Educonsult kini membuka tawaran permohonan kemasukan ke Universitas Sumatera Utara, Indonesia bagi sesi September 2022. Jika anda memerlukan tempoh waktu yang lebih panjang untuk membuat persediaan, inilah waktu yang sesuai. Anda sudah boleh mendapatkan sesi konsultasi bersama Daulah Educonsult secara percuma sahaja.

Dalam tempoh ini, anda boleh bersedia dan membuat persiapan untuk menyambung pengajian ke luar negara. Ini kerana anda mempunyai banyak lagi masa terluang dan tidak tergesa-gesa. Jangan lepaskan peluang untuk menyambung pengajian ke Universitas Sumatera, Indonesia kerana universiti merupakan antara universiti terbaik di Indonesia yang Daulah Educonsult tawarkan kepada anda.

 

Universiti Sumatera Utara yang lebih dikenali sebagai USU ini bermula dengan tertubuhnya Yayasan Universitas Sumatera Utara pada tahun 1952 di Medan, Indonesia. Penubuhan yayasan ini dipelopori oleh Gabenor Sumatera Utara bagi memenuhi keinginan masyarakat sekitar kawasan Sumatera dan Indonesia. Kini, USU merupakan universiti awam yang terkenal di Indonesia.

BACA JUGA :   WHO - Coronavirus mungkin tidak akan terhapus?

Bermula dengan penubuhan Fakulti Perubatan, ia berkembang dengan pembinaan Fakulti Undang-Undang dan Pengetahuan Awam, Fakulti Latihan dan Pendidikan Guru dan Fakulti Pertanian. Kemudian, beberapa fakulti lagi ditubuhkan seperti Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Ekonomi dan diikuti dengan Fakulti Perubatan Veterinar dan Penternakan. Seterusnya ia berkembang dengan lebih lagi beberapa buah fakulti dibangunkan.

Walaupun USU mempunyai banyak fakulti, Daulah Educonsult hanya menawarkan bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi kepada pelajar yang ingin membuat kemasukan ke universiti ini.

Fakulti Perubatan
Fakulti Pergigian
Fakulti Farmasi
Berikut adalah tempoh pengajian bidang yang ditawarkan:
  • Perubatan – 5 ½ tahun
  • Pergigian – 5 ½ tahun
  • Farmasi – 4 tahun

Jika anda berminat untuk melakukan permohonan kemasukan ke USU bagi tahun 2022, anda boleh lakukannya bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult sedia membantu anda dari awal sehingga akhir kemasukan ke universiti tersebut. Dengan adanya bimbingan daripada agensi Daulah, pengurusan anda akan menjadi lebih mudah.

BACA JUGA :   Rumah Sakit Gigi Dan Mulut Universitas Hasanuddin Diiktiraf
Berikut adalah syarat kelayakan am yang perlu anda beri perhatian untuk memasuki ke USU dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi:
  • Lepasan SPM, IGCSE, O-Level dan setaraf: Memperoleh minimum Gred B bagi subjek sains seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan @ Matematik.
  • Lepasan Diploma, Asasi, STPM, Matrikulasi dan setaraf: Memperoleh minimum CGPA 3.00 dan ke atas.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh hubungi konsultan Daulah Educonsult atau anda boleh layari mana-mana platform media sosial Daulah Educonsult.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here