Zaman digital kini, pasti semua orang mempunyai smartphone. Namun, tidak semua orang tahu cara untuk menggunakan smartphone untuk menghasilkan gambar yang cantik seperti menggunakan kamera DSLR.
Ambil gambar memang mudah, tetapi dengan menggunakan teknik yang betul, pasti gambar yang dihasilkan itu nampak lebih menarik dan professional. Ayuh ketahui tips-tips yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan gambar professional dengan hanya menggunakan smartphone.
1.Bersihkan Lens Kamera Smartphone Anda
Kebiasaanya, orang akan mengeluarkan fon dari poket atas beg tangan, buka kamera dan ambil gambar. Inilah perkara penting yang orang selalu terlepas pandang sebenarnya. Sepatutnya, lens kamera fon tersebut perlulah dibersihkan dahulu supaya tiada habuk ataupun minyak yang akan mengganggu kualiti gambar yang diambil.
2.Menampakkan Gridline
Untuk pengetahuan, Gridline sangat membantu bila anda mengambil gambar. Dengan Gridline juga, gambar yang diambil tidak akan senget dan tetap berada di komposisi yang tegak. Ia juga membuatkan subjek dalam gambar anda nampak lebih menonjol dan cantik.
3.Pencahayaan (Lighting)
Gambar yang cantik dihasilkan adalah pada waktu Golden Hour dan juga Blue Hour. Dengan pencahayaan yang semula jadi dari matahari, kualiti gambar yang dihasilkan boleh jadi secantik DSLR.
Antara yang lainnya, kawal pencahayaan dalam gambar juga penting. Ambil gambar under exposure lebih baik dari over exposure. Ini kerana anda akan mencerahkan gambar tersebut dan menyeimbangkan pencahayaan semasa edit.
4.Komposisi Gambar (Composition)
Komposisi membuatkan subjek dalam gambar anda lebih menarik dan menjadi fokus. Banyak teknik komposisi yang anda boleh cuba dan terokai melalui perisian smartphone anda seperti:
- Rule of Third
- Framing
- Reflection
- Leading Line
Semakin banyak anda terokai fungsi kamera di telefon pintar anda, semakin anda faham bagaimana hendak menggunakan elemen-elemen tersebut di dalam gambar anda.
5.AF/AE Lock
AF/AE Lock adalah untuk memastikan fokus gambar pada subjek walaupun kamera anda bergerak lepas subjek dalam gamba difokuskan. Fungsi Lock ini juga sesuai untuk anda yang mempunyai masalah gambar selalu kabur atau blur. Gunakan sahaja fungsi lock tersebut, pasti gambar anda nampak lebih fokus dan sharp selepas ini.
Percaya atau tidak, gambar yang cantik dan terlihat professional ini adalah hasil daripada menggunakan teknik dan elemen-elemen yang diterokau di dalam smartphone anda. Dengan hanya menggunakan smartphone dan teknik yang betul, gambar yang dihasilkan boleh jadi secantik DSLR.
Anda berminat untuk melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan di Rusia? Ingin tahu cara untuk mendaftar dan syarat kelayakan kemasukan? Ayuh dapatkan bimbingan bersama Daulah Educonsult sekarang.
Ingin ketahui info dengan lebih lanjut? Anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah dan jangan lupa untuk ikuti kami sekarang di mana-mana platform di bawah:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)