Bidang Pengajian Islam sering kali menjadi bidang yang diminati terutamanya kepada pelajar-pelajar Muslim di tanah air. Ia bukan menjadi penanda aras bahawa pelajar itu tidak berkemampuan dari segi akademik akan tetapi telah menjadi minat kepada pelajar.
Oleh yang demikian, bagi seseorang yang berminat untuk menyambung Pengajian Islam, terdapat beberapa peluang sambungan pengajian yang ditawarkan oleh pihak Daulah Educonsult. Peluang sambung belajar ini dibuka untuk kemasukan ke universiti luar negara iaitu di Indonesia dan Mesir.
Adapun begitu, terdapat banyak perbezaan dari segi syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mendaftar kemasukan ke universiti di Indonesia dan Mesir. Antara perbezaan ketara adalah seperti yang berikut.
Lepasan | Mesir | Indonesia |
SPM | Minimum B dalam 6 subjek utama (BM, BI, BA, MATH, Syariah & Pend Al-Quran Sunnah) | Minimum lulus kredit semua subjek
|
SPM dan setaraf | Tidak boleh mendaftar selain dari sijil SPM | Boleh mendaftar menggunakan mana-mana sijil setaraf |
STAM | Minimum pangkat Jayyid | Minimum pangkat Maqbul |
STAM dan setaraf | Tidak boleh mendaftar selain dari sijil STAM | Boleh mendaftar menggunakan mana-mana sijil setaraf |
Jika di Indonesia, pelajar berpeluang untuk memilih pelbagai jenis program pengajian dari bidang Pengajian Islam. Program pengajian terdiri daripada Fakulti Syariah dan Hukum, Dakwah dan Komunikasi, Usuluddin dan lain-lain. Pilihan bidang adalah bergantung kepada minat pelajar. Untuk ketahui program pengajian lain yang ditawarkan, klik di sini.
Bagi kemasukan ke Mesir pula, bagi pelajar lepasan SPM, pelajar hanya boleh memilih fakulti Ulum Islamiah. Bagi pelajar lepasan STAM pula, pelajar boleh memilih daripada tiga bidang iaitu, Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan Usuluddin.
Pilihan universiti di Indonesia terdiri daripada Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim dan Universitas Islam Negeri Ar-Raniry. Bagi Mesir, universiti yang ditawarkan adalah di institusi pengajian tinggi berprestij Universiti Al-Azhar.
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara pendaftaran atau memperoleh maklumat mengenai yuran pengajian dan sebagainya. Anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult sedia untuk memberikan penerangan lanjut kepada ibu bapa atau pelajar dan menawarkan bimbingan atau solusi terbaik. Selain daripada laluan pendidikan terus ke institusi pengajian tinggi. Daulah Educonsult turut membuka pendaftaran bagi kemasukan ke Madrasah. Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai program ini, klik di sini.
Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:-
Website : https://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)